Places To Eat

Ini Adalah Sebab Mengapa Telaga Air Adalah Syurga Makan Tengah Hari

Ini Adalah Sebab Mengapa Telaga Air Adalah Syurga Makan Tengah Hari

Ini Adalah Sebab Mengapa Telaga Air Adalah Syurga Makan Tengah Hari

Telaga Air merupakan tempat yang tidak asing lagi untuk warga Kuching. Bagi anda yang gemarkan makanan laut, ini Adalah Sebab Mengapa Telaga Air Adalah Syurga Makan Tengah Hari :

  1. Pelbagai Pilihan Gerai

Terdapat lebih daripada 10 buah gerai makanan di Telaga Air yang menjual makanan berasaskan seafood. Mereka menawarkan pelbagai jenis seafood, daripada udang galah, lobster, ambal dan pelbagai lagi jenis makananlah

Ini Adalah Sebab Mengapa Telaga Air Adalah Syurga Makan Tengah Hari

Gerai gerai sepanjang medan selera ini pastinya tidak akan mengecewakan anda. Confirm, gerenti.

Ini Adalah Sebab Mengapa Telaga Air Adalah Syurga Makan Tengah Hari

Gerai gerai di sini nampak sangat simple, tapi jika anda lihat laut di dalam tray makanan mereka, anda akan terkejut melihat longgokan seafood

2. Murah – nak mati leput murahnya.

Tadi kami pergi ke Telaga Air, berdua dan total bil kami hanya RM36!

Ini Adalah Sebab Mengapa Telaga Air Adalah Syurga Makan Tengah Hari

gambar kredit kepada Syaa Eileyna Quenn – gambar hiasan

Bagi makanan seperti ambal, kerang, umai dan sebagainya, ianya dikira secara se-mangkuk. Ambal hanya RM5 semangkuk begitu juga kerang.

Pengalaman kami makan di sini tadi ( untuk 2 orang ) :

  • Kerang
  • Ketam
  • Umai
  • Sambal Mempelam
  • Ambal Kari
  • Siput sedut
  • Air Kelapa
  • Air Ice Lemon Tea

Kesemua ini tadi hanya RM36  sahaja. Garuk palak murah gia. Confirm minggu depan datang lagik

3. Suasana yang santai. Chill, relax, dan hanya 30 minit dari Bandaraya Kuching!

Ini Adalah Sebab Mengapa Telaga Air Adalah Syurga Makan Tengah Hari

gambar kredit dari Fauzi Kamil

Telaga Air merupakan kawasan kampung nelayan. Terletak di Muara Sungai dan sangat sangat santai. Menariknya, telaga air hanya 30 minit dari Bandaraya Kuching. Jika anda memandu seperti dikejar hantu, mungkin sekitar 20 minit sahaja. Selepas makan tengah hari, anda boleh membeli jeruk yang banyak dijual di Waterfront Telaga Air, dan nikmati angin sepoi sepoi bahasa. Jika anda lapar kembali, boleh sambung makan haha!

4. Ada Coconut & Mango Shake Paling Power di Kuching

Paling cun sekali, ketika dalam perjalanan balik ke Kuching pastikan anda singgah di Serapi Virgin Coconut Shake. Mereka terletak di Kampung Temenggong, yang terletak sebelum Telaga Air ( dari arah Kuching )

Ini Adalah Sebab Mengapa Telaga Air Adalah Syurga Makan Tengah Hari

Anda boleh takeway, atau boleh juga lepak santai sambil menikmati Coconut Shake dan Mango Shake mereka. Nei tauk sik cukup, boleh order gik sigek nak? 

Ini Adalah Sebab Mengapa Telaga Air Adalah Syurga Makan Tengah Hari

Coconut & Mango Shake mereka memang sangat pekat dan kaw, dan anda juga boleh pilih untuk dapatkan versi ‘sugar free’. Ada juga option tambah extra ice cream vanilla ( tok nang saya recommended ).

Jadi siapa antara anda yang gemar untuk ke Telaga Air pada hujung minggu hanya untuk makan seafood? Ada lagi benda best? Boleh kongsi di komen di bawah dan jangan lupa tag bae(s) anda!

Related posts
Places To Eat

3 Menu Makanan Yang Anda Mesti Cuba Di Kubah Ria

Places To Eat

3 Port Nasi Campur Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching

Places To Eat

La Mian Mi Tarik Kuching, Mi Tarik Halal Di Kuching

Places To Eat

Port Burger Legend Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami