fbpx
FoodPlaces To Eat

Ini Adalah 4 Bakeri Paling Awesome Di Kuching

4 bakeri ini sememangnya kegemaran orang sarawak dan anda mesti cuba.

Ini Adalah 4 Bakeri Paling Awesome Di Kuching. Sarawak mungkin susah nak cari roti gardenia, tetapi di sini kita juga ada roti dan pastri yang dibuat oleh bakeri padu dan anda patutlah cuba sekarang jika anda belum cuba. Kata orang, tak kenal maka tak cinta kan?

Ini Adalah 4 Bakeri Paling Awesome Di Kuching
Ini Adalah 4 Bakeri Paling Awesome Di Kuching
Ini Adalah 4 Bakeri Paling Awesome Di Kuching

1. Taka Cake House

Taka cake house ini tidak asing lagi bagi orang di Kuching kerana mereka menyajikan roti, pasti yang segar dan sedap menjadikan ianya kegemaran rakyat Sarawak.

Kini mereka mempunyai sebanyak 14 cawangan di Sarawak dan menu pastrinya yang pelbagai pasti akan membuat anda jatuh cinta dengan bakeri ini.

Ini Adalah 4 Bakeri Paling Awesome Di Kuching
Ini Adalah 4 Bakeri Paling Awesome Di Kuching

2. Mita Cake House

Nama bakeri ini juga tidak asing ye, roti, pastri yang segar dibuat setiap hari boleh didapati di sini. Mita cake house ini juga terkenal dengan buttermilk bread mereka yang amat disukai oleh penduduk tempatan.

Mita Cake House juga sudah mempunyai beberapa cawangan di Sarawak kerana mereka memang terbaik.

Ini Adalah 4 Bakeri Paling Awesome Di Kuching
Ini Adalah 4 Bakeri Paling Awesome Di Kuching

3. All Joy

Siapa yang tidak tahu Milo bun All Joy yang semestinya kegemaran orang tempatan di sini. Roti mereka yang juga dibuat segar setiap hari dan harganya yang amat berpatutan membuat ramai yang jatuh cinta dengan All Joy bakeri ini.

Bagi yang tidak pernah makan roti All Joy ini mesti cuba roti mereka sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Ini Adalah 4 Bakeri Paling Awesome Di Kuching
Ini Adalah 4 Bakeri Paling Awesome Di Kuching

4. Breadsman

Breadsman ini juga adalah salah satu bakeri yang menyediakan roti yang segar dari oven dengan menggunakan bahan yang dipilih khas oleh pembuat roti mereka.

Pelbagai aneka roti, pastri dan kek yang menarik dan semestinya enak di bakeri ini membuat mereka diminati ramai.

Lagi disini:

Artikel Berkaitan

Back to top button