Places To Eat

Bandaraya Kuching Kini Semakin Meriah Dengan 9 buah Food Truck

Senarai 12 Food Truck Di Kuching Dan Cara Untuk Anda Mencari Mereka

Bandaraya Kuching Kini Semakin Meriah Dengan 9 buah Food Truck

2 tahun yang lepas, amat sukar untuk kita melihat kewujudan Food Truck di Kuching, namun kini trend Food Truck yang dahulunya popular di Lembah Klang sudah mula memeriahkan Bandaraya Kuching. Sedar tak sedar, sudah ada 9 buah food truck yang menawarkan pelbagai pilihan makanan di Kuching. Food truck yang terbaru adalah Food Truck Swee Kang Ais Kacang.

Ini adalah 9 buah food truck yang terdapat di Bandaraya Kuching

  1. Popcorn Anas

Pop corn anas

Jika dahulu popcorn hanya didapati di pawagam, kini anda boleh mendapatkannya di Food Truck Popcorn Anas ini. Menariknya, mereka menyediakan perisa kegemaran setiap insan di Sarawak iaitu perisa gula apong.

pop corn anas

Gula Apong yang digunakan meluas untuk 3 layer tea dan juga Aiskrim kini didatangkan dalam bentuk Popcorn pula. Ada can celen Garrett tok!

pop corn anas

Ketebalan warna popcorn seperti di dalam gambar sudah pasti akan membuatkan anda terliur. Untuk update lokasi semasa Food Truck Popcorn Anas anda boleh terus ke : POPCORN ANAS

2. Alinas Cuisine Food Truck

Yong Tau Fu

Yong Tau Fu, atau lok lok kebiasaanya boleh didapati di Pasar Malam dan juga di Lok Lok Jalan Ban Hock. Kini, Alinas Cuisine Food Truck pula tampil dengan Food Truck.

Yong Tau Fu

Terdapat pelbagai pilihan yang disediakan setiap hari dan ianya mampu milik kerana kesemua bahan yong tau fu mereka berharga RM1 secucuk. Ya, hanya RM1 secucuk you.

Yong tau fu

Lokasi harian Alinas Cuisine Food Truck boleh didapati di : ALINAS CUISINE FOOD TRUCK

3. Nasi Lemak Antarabangsa

o

Bagi penggemar nasi lemak, ini adalah masalah yang dihadapi sebelum kewujudan Nasi Lemak Antarabangsa. ” Sinei nak makan nasi lemak berlauk tok? ‘. Sebelum berkembang kepada Food Truck, Nasi Lemak Antarabangsa terlebih dahulu membuka cawangan di Metrocity Matang. Kini, mereka tampil dengan konsep bergerak, yang memudahkan orang ramai bukan dari sekitar Petra Jaya untuk mendapatkan nasi lemak mereka.

n

Nasi Lemak Antarabangsa mula terkenal di Lembah Klang dan kini warga Kuching tidak perlu terbang jauh untuk menikmati nasi lemak mereka

n

Selain itu, mereka juga menghidangkan Nasi Ayam Penyet dan Nasi Dagang. Untuk lokasi  terkini mereka, anda boleh terus ke : Nasi Lemak Antarabangsa

4. Kombi Cafe

n

Adakah anda peminat kopi? Cappucino dan sebagainya? Kombi Cafe merupakan sebuah van combi yang diubah suai untuk menjadi cafe minuman bergerak. kombi cafe

Terdapat pelbagai pilihan minuman dan harga ditawarkan pula amat berpatutan. Untuk lokasi terkini mereka, anda boleh follow mereka di Facebook : Kombi Cafe

5. Kuching Food Kartel 

KFK

The best roti burger hitam in Kuching. Kuching Food Kartel juga merupakan pioneer scene foodtruck di Kuching. Jika dahulu mereka berseorangan buka di waterfront dan sebagainya kini mereka tidak sunyi lagi. Kebiasaannya foodtruck di Kuching akan berkumpul di sesuatu tempat pada setiap malam.KFK

Mereka juga mempunyai trak kedua yang berwarna PINK, confirm dari jauh dah nampak hehe.

 

n

Istimewanya burger burger mereka adalah kerana semua sos yang digunakan adalah homemade dan mustahil untuk anda mendapatkan rasa yang sama seperti sos sos mereka. Untuk lokasi harian mereka, anda boleh terus ke : Kuching Food Kartel

6. Hungry Dino

o

Hungry Dino kebiasaanya berpusat di sekitar batu 2 1/2 Kuching berhadapan dengan Maybank. Mereka memulakan operasi lebih dari 1 tahun yang lalu.

o

Menyediakan hidangan fusion barat dan asia, Hungry Dino pasti akan memuaskan selera anda yang inginkan sandwiches, crossaint dan juga aglio olio.

Untuk lokasi semasa mereka, anda boleh terus ke : Hungry Dino

7. Food Chow

n

The Food Chow, where you can get your dose of Kompia from a food truck. The Food Chow mempunyai 3 variasi kompia segar ( dibawa khas dari Sibu setiap hari ). Pulled Beef, Chicken Cheese kompia mereka akan membuatkan anda untuk datang lagi sekali.

food chow

Kompia Pulled Beef mereka sangat juicy dan roti kompia mereka pula crunchy. 4 biji kompia ini dijual dengan harga RM9. Selain dari kompia, mereka juga menyediakan soft tacos, avocado fries dan burger.

n

Mereka kebiasaanya berpusat di Brigton Square ( Depan CityOne ). Anda boleh lihat lokasi harian mereka di : The Food Chow

8. Noms On Street 

n

Noms on Street adalah food truck kedua selepas Kuching Food Kartel. Mereka juga baru melancarkan menu makan tengah hari mereka baru baru ini

n

Harga yang ditawarkan adalah RM10 ke bawah dan mereka mempunyai pelbagai pilihan makanan. Secara peribadinya, kami gemar Signature Mama Mia mereka. Padu beb

n

Untuk lokasi harian mereka, anda boleh ke : Noms On Street

9. Swee Kang Ais Kacang

n

Pendatang baru di dalam dunia food truck, tapi sudah cukup terkenal dengan restoran Ais Kacang mereka yang mempunyai 2 cawangan iaitu di Satok dan juga di Jalan Haji Taha. Setakat ini, tiada medium untuk mendapatkan lokasi mereka, tetapi difahamkan mereka bersama sama dengan Kuching Food Kartel di bawah Flyover Satok.

Kami pasti pada masa hadapan akan terdapat lebih banyak food truck di Kuching. Semoga scene food truck bertambah maju.

Related posts
Places To Eat

3 Menu Makanan Yang Anda Mesti Cuba Di Kubah Ria

Places To Eat

3 Port Nasi Campur Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching

Places To Eat

La Mian Mi Tarik Kuching, Mi Tarik Halal Di Kuching

Places To Eat

Port Burger Legend Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami