Dapatkan dos minuman dan aiskrim kelapa anda di Tusan Ice Cream sekarang!
Aiskrim Kelapa Popular Miri, Tusan Ice Cream Kini Sudah Dibuka Di Kuching. Apa khabar peminat aiskrim kelapa? Adakah anda merindui aiskrim kelapa yang menyegarkan jika anda ke Miri? Kini anda tidak perlu lagi risau kerana cawangan terbaru Tusan Ice Cream baru sahaja dibuka di Kuching!
Di Kuching? Yes, Kuching, gais!
Bagi anda tidak begitu mengenali jenama Tusan Ice Cream ini, mereka bukan sahaja menjual ais krim kelapa yang asli tetapi juga turut menawarkan pelbagai lagi menu penyejuk tekak yang lain seperti minuman milkshake. Paling best, ia juga berasaskan kelapa! Wow!

Sumber foto : FB Ellyda Mazlyin

Perisa Green Tea, Coklat pun ada!
Bagi anda yang ingin mencuba sesuatu yang berlainan juga, mereka turut menawarkan milkshake dengan perisa teh hijau, red tea dan coklat yang tidak kurang hebatnya. Tidak lupa, best seller mereka iaitu Avocado smoothie.
Terletak di Saradise, Tabuan, Kuching
Cawangan Tusan Ice Cream di Kuching ini terletak di Jalan Saradise, Tabuan (bangunan sederet Sushi Mentai cawangan Saradise, Kuching). Baru dibuka beberapa hari yang lalu, Tusan Ice Cream ini beroperasi dari jam 11 pagi hingga 11 malam setiap hari.

Sehingga kini, terdapat 6 cawangan Tusan Ice Cream di Sarawak iaitu di sekitar Miri (4 cawangan), Ibraco Bintulu dan terbaru di Saradise, Kuching.
Kedai ini juga dikhabarkan akan membuka 3 lagi cawangan baru di Kuching menjelang tahun 2022. Cawangan yang akan menyusul selepas Kuching ialah di Sibu, Sarawak dan dijangka dibuka Oktober ini.
Ais krim kelapa original dengan harga yang berpatutan
Dengan jenama yang sudah begitu terkenal dalam kalangan rakyat Sarawak, harga menu yang ditawarkan di sini juga agak berpatutan. Bagi menu ais krim, anda boleh mendapatkannya dalam lingkungan harga sekitar RM 4.80 hingga RM 9.80 bergantung pada saiz dan jenis aiskrim anda.
Jika anda mahukan milkshake kelapa dan perisa yang lain, harganya adalah sekitar RM 8.60 hingga RM 12.90 untuk satu minuman. Not bad kan?

Walau bagaimanapun, semasa artikel ini ditulis, kedai ini hanya menerima bayaran tunai sahaja. Mungkin kaedah pembayaran lain sedang on-the-way. Jadi, kita tunggu sahajalah.
Ubatilah kerinduan anda segera dengan mengunjungi cawangan Tusan Ice Cream yang terbaru di Saradise ini.
Beritahu kami menu mana yang paling anda suka dan recommend kepada bakal pelanggan yang lain, okay?
Facebook : Tusan Ice Cream | Laman sesawang : www.tusan.my