fbpx
Places To Eat

5 Makanan Dan Minuman Di Burger O Myy Ini Memang Padu

5 Makanan Dan Minuman Di Burger O Myy Ini Memang Padu
2 Shares

5 Makanan Dan Minuman Di Burger O Myy Ini Memang Padu

Tidak dinafikan bahawa Kuching adalah syurga makanan. Terdapat pelbagai tempat makan yang menarik di Kuching, anda boleh explore di sini : Places To Eat In Kuching

Jika sebelum ini kami telah menulis mengenai 3 Home Based Western Food Restaurant Yang Perlu Anda Cuba di Kuching , kali ini kami berkunjung ke sebuah lagi Home Based Western Food Restaurant yang terletak di Samarindah, iaitu Burger O Myy 

Restoran ini dahulunya terletak di Rimba 12, Kuching dan kini baru sahaja memulakan operasi mereka di Samarindah.

Sejarahnya pula, Burger O Myy pada mulanya terkenal dengan burger bersaiz besar yang dijual di Bus Stop berhadapan dengan Riverside Shopping Mall, Kuching.

5 Makanan Dan Minuman Di Burger O Myy Ini Memang Padu

Burger O Myy terletak di Lorong Samarindah Baru 13, Kota Samarahan. Walaupun lokasi yang agak ke dalam, suprisingly terdapat ramai pengunjung yang menikmati malam malam mereka di sini.

Kami mencuba 5 jenis makanan dan minuman ketika berkunjung ke sini.

1. Burger Double Delight Beef

5 Makanan Dan Minuman Di Burger O Myy Ini Memang Padu

Burger Double Delight Beef dari Burger O Myy ini didatangkan dengan set bersama fries. 2 lapisan beef burger yang tebal berserta cheese ( lebih tebal dari Big Mac ) sangat sangat mengenyangkan.

Harga untuk Double Delight Beef ini adalah RM13/set dan RM 11 untuk ala carte

2. Lamb Chop Rice

5 Makanan Dan Minuman Di Burger O Myy Ini Memang Padu

Lamb Chop Rice di Burger O Myy dihidangkan bersama mash potato, salad dan juga baked bean. Terdapat 3 keping kambing dan sos blackpepper yang pekat juga disediakan. Bagi anda yang betul betul lapar, kami rekomenkan anda untuk mencuba lamb chop rice ini.

Harga : RM22

3. Chicken Chop Fries

5 Makanan Dan Minuman Di Burger O Myy Ini Memang Padu

Bagi penggemar chicken chop, anda mempunyai dua pilihan sekiranya berkunjung ke Burger O Myy ini. Anda boleh dapatkan Chicken Chop with Fries atau pun Chicken Chop with Mash Potato. Harga dan portion yang disediakan pula sangat berbaloi.

Harga : RM9 ( Fries ) RM 12 ( Mash Potato )

4 & 5 : Ice Blended Giant : Chocolate Oreo & Vanilla Oreo 

5 Makanan Dan Minuman Di Burger O Myy Ini Memang Padu

Kami pada mulanya fikirkan ice blended yang disajikan bersaiz biasa biasa sahaja, tapi bila air ini sampai ke meja kami, kami terkejut kerana ianya bersaiz XXXXL. Baruk minum suku lalu dah sandat perut kata orang.

Chocolate Oreo & Vanilla Oreo Ice Blended ini berharga RM6 setiap gelas.

Bagi anda yang ingin berkunjung ke Burger O Myy ini, anda boleh ikut peta di bawah :

Bagi anda yang ingin pergi ke sini, kami sarankan anda untuk menempah meja anda terlebih dahulu di talian seperti berikut : +60 16-649 4901

Mun embak geng rami rami, boleh roger tokey nya debah tok. Kelak confirm ada nya berik diskaun sikit bah hehe.

Selamat menjamu selera!

5 Makanan Dan Minuman Di Burger O Myy Ini Memang Padu

2 Shares
Related posts
Places To Eat

4 Buffet Ramadhan Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching

Places To Eat

3 Menu Makanan Yang Anda Mesti Cuba Di Kubah Ria

Places To Eat

3 Port Nasi Campur Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching

Places To Eat

La Mian Mi Tarik Kuching, Mi Tarik Halal Di Kuching

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami

Copy link
Powered by Social Snap