fbpx
Places To Eat

5 Lokasi Steamboat Buffet Yang Anda Mesti Cuba Di Kuching

Teringin nak steamboat? Jom!

5 Lokasi Steamboat Buffet Yang Anda Mesti Cuba Di Kuching. Restoran steamboat sering kali menjadi lokasi yang sesuai untuk perkumpulan dan perjumpaan bersama rakan-rakan dan keluarga. Sambil-sambil itu, boleh lah test skil memanggang masing-masing, kan?

Dalam artikel kali ini, kami cadangkan kepada anda 5 lokasi restoran steamboat dan buffet yang sering menjadi pilihan warga Kuching untuk menjamu selera. Yang penting, semuanya halal.

1. D11 BBQ Steamboat

5 Lokasi Steamboat Buffet Yang Anda Mesti Cuba Di Kuching
Sumber : FB D11 BBQ Steamboat

Terletak di Jalan Ban Hock, anda boleh menikmati hidangan steamboat dan buffet yang pelbagai di D11 BBQ Steamboat ini.

5 Lokasi Steamboat Buffet Yang Anda Mesti Cuba Di Kuching
Sumber : FB D11 BBQ Steamboat

Keistimewaan steamboat di sini ialah perapan daging dan ayamnya yang pelbagai. Ada yang diperap menggunakan sos lada hitam, perapan BBQ serta perapan kunyit biasa pun ada. Tinggal nak pilih dan panggang sahaja lagi!

5 Lokasi Steamboat Buffet Yang Anda Mesti Cuba Di Kuching
5 Lokasi Steamboat Buffet Yang Anda Mesti Cuba Di Kuching
Sumber : FB D11 BBQ Steamboat

2. Annuar BBQ Steamboat

Bagi anda yang sukakan suasana vibrant semasa menikmati steamboat, anda boleh cuba untuk ke Annuar BBQ Steamboat.

Sumber : Travelholic.my

Pelbagai pilihan makanan laut boleh anda dapatkan di sini dalam bentuk perapan kunyit atau secara segar. Antaranya seperti udang, ketam, ambal, kerang dan banyak lagi. Daging lembu dan kambing pun ada juga!

5 Lokasi Steamboat Buffet Yang Anda Mesti Cuba Di Kuching
Sumber : FB Melvin Russel

Tempat ini juga sesuai untuk anda membawa rombongan keluarga dan rakan-rakan kerana meja dan ruang yang disediakan sangat luas dan selesa.

3. Hawa Steamboat

Sumber : Google Edwin Ong

Hawa Steamboat pula terletak di Jalan Astana, Kampung Tupong Hulu, Kuching. Lokasi steamboat ini senang untuk diakses kerana ia betul-betul terletak di tepi Jalan Astana.

5 Lokasi Steamboat Buffet Yang Anda Mesti Cuba Di Kuching
Sumber : FB Katering Hawa Steamboat

Bagi mereka yang mahu lepak santai dengan suasana bersih, Hawa Steamboat adalah tempat yang sesuai. Bukan itu sahaja, pilihan makanan di sini juga tidak kurang hebatnya. Ada makanan laut, darat dan sayur-sayuran segar.

Sumber : Google Mohamad Ripin

4. U-Garden Crystal Grill & Steamboat

5 Lokasi Steamboat Buffet Yang Anda Mesti Cuba Di Kuching

U-Garden Crystal Grill & Steamboat ini mungkin agak underrated dalam kalangan warga Kuching. Namun, anda tidak perlu risau kerana steamboat di sini juga enak-enak belaka.

Terletak di bangunan belakang Plaza Song di Jalan Song (seberang CityONE Megamall), U-Garden ini sering menjadi lokasi kegemaran orang ramai untuk majlis keramaian bersama keluarga, rakan sekerja mahu pun sahabat handai.

Uniknya di sini, tempat memanggangnya merupakan plat kristal yang diimport khas dari Korea.

5 Lokasi Steamboat Buffet Yang Anda Mesti Cuba Di Kuching

Bukan setakat steamboat, anda juga boleh menikmati pelbagai jenis Korea dan Jepun seperti sushi, ramen serta makanan lokal seperti mi kolo goreng, nasi goreng kampung dan banyak lagi.

5. Seoul Garden Vivacity

Ini pula lokasi steamboat mainstream yang boleh juga anda kunjungi di Kuching iaitu Seoul Garden. Ia terletak di Vivacity Megamall dan Pusat Membeli Belah AEON.

5 Lokasi Steamboat Buffet Yang Anda Mesti Cuba Di Kuching

Tentunya di sini anda boleh menikmati steamboat ala-ala di Korea. Bahkan, pilihan makanan di sini juga agak premium jika dibandingkan dengan lokasi steamboat tempatan. Jika anda ada bajet lebih, apa salah nya kan?

Jika anda gemarkan pencuci mulut yang sihat selepas menikmati jamuan steamboat, Seoul Garden turut menyediakan pelbagai pilihan sayuran salad dan buah-buahan untuk anda. Hmmm, baru lah puas hati kan?

Dalam banyak-banyak tempat ini, mana satu yang menjadi pilihan anda? Jika anda mempunyai cadangan restoran steamboat lain yang ada di Kuching, jangan lupa untuk kongsikan di ruangan komen, okay?

Lagi tempat makan best di Kuching :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close