4 Restoran Dengan Buffet Ramadhan Serendah RM30 Ke Bawah Di Kuching
Sebelum ini, kami telah mengeluarkan 2 artikel berkaitan Buffet Ramadhan di Kuching :
5 Tempat Buffet Ramadan Serendah RM50 Ke Bawah Di Kuching
Senarai Harga Buffet Ramadhan Di Hotel Sekitar Kuching
Untuk artikel ini pula kami sediakan senarai buffet ramadhan serendah RM30 ke bawah di Kuching :
1. Hartz Chicken Buffet
Hartz Chicken Buffet bukan satu nama asing buat warga Kuching. Dengan hanya serendah RM22.50, anda boleh menikmati ayam tanpa had dan pelbagai lagi makanan lain. Sekiranya anda ingin berbuka puasa di sini, pastikan anda menempah meja terlebih dahulu!
2. Kopi O Corner
Kopi O Corner yang terkenal dengan roti daging pula menawarkan buffet serendah RM29.80 yang meliputi pelbagai jenis makanan tempatan. Bagi anda yang biasa berkunjung ke Kopi O Corner, anda mesti tahu bahawa kualiti makanan mereka memang steady!
3. Ratu Ayam Penyet, Matang
Ratu Ayam Penyet yang terletak berhampiran dengan Emart Matang juga menawarkan buffet ramadhan serendah RM17.90 sahaja untuk dewasa, dan RM10.00 untuk 12 tahun dan ke bawah.
Bagi anda yang ingin ke restoran ini selepas waktu berbuka pula, anda boleh cuba mee kambing mereka.
4. The Table MetroCity
Sebelum ini kami pernah mengeluarkan artikel berkaitan dengan The Table KCH :
5 Restoran Dan Cafe Yang Anda Perlu Cuba Di Metrocity Matang
Untuk ramadhan 2017, mereka menawarkan buffet dengan harga serendah RM20 sahaja.
Anda tahu ada lagi restoran yang menawarkan buffet ramadhan mampu milik? Jangan lupa tinggalkan komen di bawah!