Local AttractionsPlaces To Eat

4 Pasar Malam yang Anda Boleh Kunjungi di Bandaraya Kuching

kampung snow

4 Pasar Malam yang Anda Boleh Kunjungi di Bandaraya Kuching 

  1. Kai Joo Lane Night Market ( Setiap Jumaat dan Sabtu )

kaijoo

Kai Joo Lane Night Market terletak bersebelahan dengan India Street, di tengah tengah Bandaraya Kuching.

Beroperasi setiap hari Jumaat dan Sabtu, Kai Joo Lane Night Market menawarkan pelbagai pilihan makanan termasuk makanan tempatan.

Kaijoo

Pasar Malam ini adalah salah satu usaha dari komuniti setempat untuk menghidupkan kembali Kai Joo Lane yang dahulunya merupakan pusat aktiviti setempat di Kuching.

Kaijoo

Kebanyakan gerai di Kai Joo Lane Night Market diusahakan oleh golongan belia yang mempunyai minat di dalam perniagaan makanan dan minuman.

kaijoo

Lokasi Kai Joo Lane Night Market :


2. Uptown Satok ( Setiap Jumaat dan Sabtu )

uptown satok

Uptown Satok terletak di Civic Centre, hanya 5 minit perjalanan dari Waterfront Kuching. Diusahakan oleh Persatuan Koordinasi Pelancongan Satok untuk membantu peniaga peniaga kecil memasarkan produk mereka dengan kos sewa yang minimal. Terdapat banyak pilihan makanan dan juga barangan lain seperti baju, aksesori dan sebagainya.

uptown satok

Sekiranya anda berkunjung ke Uptown Satok, jangan lupa untuk mencuba Ais Kepal dari Gerai Khampung Snow. Khampung Snow merupakan gerai yang memodenkan Ais Kepal dengan menawarkan pelbagai perisa dan topping termasuk coklat kit kat.

#RALAT : Kami dimaklumkan bahawa Khampung Snow tidak beroperasi di Uptown Satok lagi.

Lokasi Uptown Satok :

3. Pasar Malam Belia MetroCity Matang ( Selasa – Khamis )

metrocity

Pasar Malam Belia MetroCity Matang terletak di Petrajaya, 15 minit dari Pusat Bandar Kuching. Pasar Malam ini adalah inisiatif Persatuan Penjaja N6 Tupong.

metrocity

Terdapat lebih dari 100 gerai di sini yang menyediakan pelbagai pilihan makanan dan juga barangan fizikal yang lain seperti jersi, beg tangan dan sebagainya.

metrocity

Lokasi :

4. Pasar Malam Giant Semariang

n

Terletak di Semariang, Pasar Malam Giant Semariang beroperasi dari hari jumaat – ahad setiap minggu.

uptown semariang

Diusahakan dengan kerjasama Pasaraya Giant untuk membantu peniaga kecil, Pasar Malam Giant Semariang juga menawarkan pelbagai pilihan makanan dan produk fizikal untuk pengunjung

uptown semariang

Sekiranya anda berkunjung ke sini, jangan lupa untuk mencuba karipap ini!

Lokasi Pasar Malam Giant Semariang :

Related posts
Local Attractions

5 Pantai Yang Anda Mesti Kunjungi Di Lundu Dan Sematan

Local Attractions

Pertama Kali Nak Travel Ke Kabong? Ini Panduan Kami

Places To Eat

3 Menu Makanan Yang Anda Mesti Cuba Di Kubah Ria

Local Attractions

6 Destinasi Hiking Di Sekitar Kuching Yang Anda Perlu Cuba

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami