fbpx

4 Mee Kampua Terbaik Di Kuching Yang Anda Boleh Cuba

SPONSORED

Dahulunya merupakan makanan tradisi Cina namun kini ianya menjadi kegemaran semua.

4 Mee Kampua Terbaik Di Kuching Yang Anda Boleh Cuba. Dahulunya, mee kampua merupakan makanan tradisi masyarakat Cina yang banyak mempengaruhi makanan di Sarawak. Ia kemudian diubah suai untuk dipadankan dengan cita rasa orang tempatan, khususnya yang beragama Islam.

4 Mee Kampua Terbaik Di Kuching Yang Anda Boleh Cuba
4 Mee Kampua Terbaik Di Kuching Yang Anda Boleh Cuba

Jangan lupa untuk mencuba mee kampua

Kalau berkunjung ke Sarawak, jangan lupa untuk mencuba mee kampua yang asalnya adalah makanan tradisi masyarakat Cina dari etnik Foocheow.

SPONSORED

Ini adalah antara mee kampua terbaik yang anda mesti cuba di Kuching:

1.Sadiqin Lim

Mee kampua Sadiqin Lim ini memang terbaik dan ianya adalah salah satu mee kampua di Kuching yang anda patut cuba sekurang-kurangnya sekali seumur hidup anda.

kredi gambar: Sadiqin Lim facebook

Selain itu, anda juga boleh memesan mee kampua sadiqin Lim ini melalui grab food. Lokasi sadiqin Lim pula adalah di mom’s laksa jalan kampung tupong.

SPONSORED
4 Mee Kampua Terbaik Di Kuching Yang Anda Boleh Cuba

2. Muhammad Lim mushroom mee

Muhammad Lim ini terkenal dengan mushroom mee nya yang memang unik dan sedap. Tetapi di sini juga anda boleh menuba mee kampua yang memang padu dan unik.

4 Mee Kampua Terbaik Di Kuching Yang Anda Boleh Cuba

Sekali rasa, anda pasti akan datang lagi kerana di sini hanya mee kampua yang terbaik sahaja mereka sediakan. Lokasi muhammad Lim mushroom mee ini pula di jalan Green Hill.

3. Kunyap-Kunyap cafe

Di kunyap-kunyap cafe ini anda juga boleh mencuba mee kampuanya. Mee kampua di sini memang tidak dapat disangkal lagi kesedapannya.

4 Mee Kampua Terbaik Di Kuching Yang Anda Boleh Cuba

Jika anda teringin makan mee kampua di sini tetapi terasa malas hendak ke cafenya, anda tidak perlu risau kerana mereka juga mempunyai servis menghantar makanan iaitu grab food dan food panda. Lokasi kunyap-kunyap cafe ini adalah di jalan Astana.

4 Mee Kampua Terbaik Di Kuching Yang Anda Boleh Cuba

4. Qims Cafe

Di Qims cafe juga mereka mempunyai mee kampua yang memang sedap dan disukai ramai penduduk tempatan.

Kredit gambar: facebook Qim’s cafe

Bagi penggemar mee kampua, anda boleh cuba mee kampua di sini kerana anda pasti tidak akan menyesal. Lokasi Qim’s cafe ini adalah di Kampung Tupong Hulu berhadapan dengan hospital Normah.

Lagi di sini:

SPONSORED
Teruskan Membaca
SPONSORED

Artikel Berkaitan

Back to top button