Places To Eat

4 Lokasi Sarapan Warga Tempatan Di Kuching Sarawak ( Vol 1 )

4 Lokasi Sarapan Warga Tempatan Di Kuching Sarawak ( Vol 1 )

4 Lokasi Sarapan Warga Tempatan Di Kuching Sarawak ( Vol 1 )

Kuching sememangnya Bandaraya yang meriah dengan sarapan pagi, unlike Lembah Klang , roti canai bukanlah satu perkara yang mainstream sangat di sini. Sarapan pagi di Sarawak kebiasaanya adalah :

  • Laksa Sarawak
  • Mee Kolok
  • Roti Bakar + Telur Separuh Masak
  • Rojak

Laksa Sarawak dan Mee Kolok sememangnya penguni carta utama kerana…..ianya ‘ just a sarawakian thing’ . Bagi anda yang pertama kali ingin berkunjung ke Kuching, anda boleh mencuba untuk sarapan di 4 lokasi ini, yang merupakan antara lokasi kegemaran warga Kuching.

Ada lagi port port lain yang kami akan kongsi dalam artikel lain ya ( read the vol 1 thing please )

  1. Mom’s Laksa x Rojak Muhammad Kucei

4 Lokasi Sarapan Warga Tempatan Di Kuching Sarawak ( Vol 1 )

Mom’s Laksa adalah restoran yang terkenal dengan laksa sarawak dan Rojak Muhammad Kucei pula of course, kerana rojak mereka.

4 Lokasi Sarapan Warga Tempatan Di Kuching Sarawak ( Vol 1 )

Terdapat banyak laksa sarawak yang power di Kuching dan Mom’s Laksa adalah salah satu daripadanya.

4 Lokasi Sarapan Warga Tempatan Di Kuching Sarawak ( Vol 1 )

Rojak Muhammad Kucei pula memang merupakan rojak paling top di Kuching dan kini mereka bakal membuka 1 lagi cawangan di Medan Hamidah, Petrajaya.

Lokasi Moms Laksa x Rojak Muhammad Kuchei adalah seperti di bawah :

2. Sepinang Sari

4 Lokasi Sarapan Warga Tempatan Di Kuching Sarawak ( Vol 1 )

Sepinang Sari amat terkenal dengan Mee Kolok mereka. Sekiranya anda berkunjung ke sini, jangan terkejut sekiranya anda terpaksa menunggu sebentar untuk mendapatkan tempat duduk.

4 Lokasi Sarapan Warga Tempatan Di Kuching Sarawak ( Vol 1 )

Mee Kolok/Mee Sapi adalah makanan mesti cuba yang anda perlu order di sini. Jangan risau, harganya masih mampu milik walaupun dengan kenaikan kos sara hidup kebelakangan ini. Lokasi Sepinang Sari adalah seperti di bawah :

3. Joo Seng

Joo Seng

Joo Seng adalah sebuah food court di mana terdapat banyak gerai di dalamnya. Pelbagai pilihan makanan juga disediakan. Jangan hairan pula jika ada pelbagai kaum dan anutan agama di sini, this is us , Kuching. Unity di Kedai Kopi.

4 Lokasi Sarapan Warga Tempatan Di Kuching Sarawak ( Vol 1 )

Jika anda seorang yang gemarkan kopi cawan ( yes, chinese are really good in making coffee though ) , roti bakar, telur separuh masak, anda boleh berkunjung ke Joo Seng.

4 Lokasi Sarapan Warga Tempatan Di Kuching Sarawak ( Vol 1 )

Selain itu, jika anda inginkan breakfast yang berat, anda boleh cuba nasi ayam mereka. Nasi Ayam di Joo Seng adalah antara yang paling power di Kuching. Untuk minuman pula, selain dari kopi anda boleh mencuba teh tarik peng mereka.

Lokasi Joo Seng adalah seperti di peta di bawah :

4. Chong Choon Cafe 

4 Lokasi Sarapan Warga Tempatan Di Kuching Sarawak ( Vol 1 )

Chong Choon merupakan tempat sarapan pagi yang sangat sangat popular, anda boleh baca lebih lanjut di sini : Ini Perkara Yang Anda Dapat Lakukan Dengan Bajet RM50 di Kuching.

Jangan risau kerana kami akan terus membawakan kepada anda, lokasi lokasi terbaik untuk sarapan di Kuching pada artikel masa hadapan.

Selamat Menjamu Selera!

Related posts
Places To Eat

3 Menu Makanan Yang Anda Mesti Cuba Di Kubah Ria

Places To Eat

3 Port Nasi Campur Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching

Places To Eat

La Mian Mi Tarik Kuching, Mi Tarik Halal Di Kuching

Places To Eat

Port Burger Legend Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami