Places To Eat

4 Gerai/Restoran Makanan Kelantan di Kuching

kerabu kak pah

4 Gerai/Restoran Makanan Kelantan di Kuching

Kini tidak sukar bagi anda yang gemarkan makanan kelantan untuk mendapatinya di Kuching. Terdapat banyak gerai dan juga restoran yang menyediakan masakan kelantan. Di sini kami sertakan 4 Gerai dan Restoran Makanan Kelantan di Kuching buat panduan food hunting anda.

  1.  Nasi Ulam Kota Bahru

Nasi Ulam Kota Bahru mempunyai 2 cawangan setakat ini iaitu di berdekatan dengan Emart Matang dan juga Mom’s Laksa Jalan Petanak. Mereka menyediakan lauk pauk masakan kelantan seperti ikan kembung percik, ulam ulaman yang dicecah budu dan sebagainya.

nasi ulam KB

Bagi anda yang gemarkan nasi campur untuk makan tengah hari, ini adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda.

nasi ulam kb

Bagi anda yang gemarkan makanan berasaskan percik, di sini mereka menyediakan pelbagai jenis percik termasuk ikan kembung percik

nasi ulam KB

Lokasi Nasi Ulam Kota Bahru adalah seperti peta di bawah

  1. Cawangan Emart

2. Cawangan Jalan Petanak

2. Dapo Cafe, Satok

dapo cafe

Dapo Cafe terletak sebaris dengan Old Rex Cafe, Satok. Mereka tidak menghidangkan nasi campur tetapi mereka menyediakan makanan kelantan yang terkenal seperti nasi kerabu dan laksam

dapo cafe

Selain dari nasi kerabu, mereka juga menyediakan nasi dagang, roti jala dan sebagainya. Harga yang ditawarkan juga berpatutan untuk pengunjung.

dapo cafe

Lapar nangga nasik kerabu tok eh…

Lokasi Dapo Cafe :

3. Nasi Kerabu Kak Pah, Arif Hotel

kerabu kak pah

Nasi Kerabu Kak Pah adalah antara gerai terawal yang menyediakan Nasi Kerabu. Terkenal dengan pelbagai pilihan nasi kerabu, Nasi Kerabu Kak Pah merupakan pilihan penduduk sekitar kampung no 1 – no 6 untuk makan makanan kelantan.

kerabu kak pah

Sekiranya anda berkunjung ke Nasi Kerabu Kak Pah, jangan lupa untuk mencuba Nasi Kerabu Burung Puyuh mereka. Nang padu beb.

Lokasi Nasi Kerabu Kak Pah adalah seperti peta di bawah :

4. Medan Pahlawan Cafe, Kota Samarahan

kerabu pahlawa

Bagi anda yang tinggal di sekitar Samarahan, anda boleh berkunjung ke Medan Pahlawan Cafe yang terletak berhadapan dengan Kem Askar Muara Tuang.

kerabu pahlawan

Sekiranya anda malas untuk memandu jauh ke Bandaraya Kuching, anda boleh ke restoran ini. Pelbagai jenis nasi kerabu disediakan termasuk Nasi Kerabu Ikan Keli.

Kerabi Pahlawan

Lokasi Medan Pahlawan Cafe juga berdekatan dengan jalan utama, anda boleh lihat lokasi mereka di peta di bawah  :

 

Related posts
Places To Eat

3 Menu Makanan Yang Anda Mesti Cuba Di Kubah Ria

Places To Eat

3 Port Nasi Campur Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching

Places To Eat

La Mian Mi Tarik Kuching, Mi Tarik Halal Di Kuching

Places To Eat

Port Burger Legend Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami