3 Menu Makanan Yang Anda Mesti Cuba Di Kubah Ria
Medan Selera Kubah Ria yang terletak di Petrajaya mempunyai 44 buah gerai makanan dan minuman. Dengan adanya 44 buah gerai makanan dan minuman ini, maka terdapat pelbagai pilihan buat pengunjung yang datang ke Kubah Ria.
Dalam artikel ini, kami kongsikan 4 menu makanan yang anda mesti cuba di Kubah Ria.
1.Nasi Lemak Ganja

Nasi Lemak Ganja beroperasi di Gerai Bernombor 22 di Kubah Ria. Ianya dikenali sebagai nasi lemak ganja kerana nasi lemak dengan sambal mereka yang banjir ini pasti akan membuatkan anda ketagih untuk memakannya lagi.
2.Nasi Goreng Cornbeef + Salted Egg Chicken

Jika anda penggemar makanan berasaskan salted egg anda boleh cuba gerai bernombor 43.
Kuah yang pekat dan nasi goreng yang sangat sedap ini pasti akan memuaskan makan malam anda selepas penat bekerja seharian.
3.Ayam Panggang Gerai 44

Ayam panggang berempah mose no 44 kubah ria ini mempunyai sejarah legend nya yang tersendiri.
Jika anda datang bersama keluarga beramai ramai ke Kubah Ria, hidangan ayam panggang semestinya amat sesuai untuk anda.
Anda ada lagi makanan kegemaran anda di Kubah Ria? Jom tinggalkan komen dan gambar makanan tersebut di ruang komen di bawah!