Places To Eat

3 Gerai Nasi Lemak Tepi Jalan Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching

3 Gerai Nasi Lemak Tepi Jalan Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching

3 Gerai Nasi Lemak Tepi Jalan Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching

Nasi lemak secara amnya merupakan national dish untuk rakyat Malaysia dan digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat, tidak kira di mana mereka berada.

Jadi, khas untuk anda yang gemarkan nasi lemak, dalam artikel ini kami sertakan 3 gerai nasi lemak tepi jalan yang anda perlu cuba di Kuching.

1. Nasi Lemak Berlauk Mordiah

3 Gerai Nasi Lemak Tepi Jalan Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching

Nasi Lemak Berlauk Mordiah kebiasaannya dibuka setiap hari. dan menghidangkan pelbagai jenis nasi lemak berlauk seperti :

  • Nasi Lemak Ayam
  • Nasi Lemak Ayam Sambal
  • Nasi Lemak Campur Hati
  • Nasi Lemak Sotong Goreng
  • Nasi Lemak Sotong Sambal
  • Nasi Lemak Dua Lauk
  • Nasi Lemak Sambal Udang
3 Gerai Nasi Lemak Tepi Jalan Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching

Nasi Lemak Ayam Sambal Dan Udang Sambal.

Jika anda gemarkan nasi lemak berlauk, anda boleh singgah di GeraiNasi Lemak Mordiah ini.

Lokasi mereka adalah seperti peta di bawah :

2. The Original Nasi Lemak Antu Kg Sungai Bedil Besar

3 Gerai Nasi Lemak Tepi Jalan Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching

Nasi Lemak Antu yang terletak di Kampung Sungai Bedil Besar merupakan nasi lemak yang terkenal bagi ‘kupu-kupu malam’ di Kuching kerana masa operasinya yang bermula pada pukul 1 pagi.

3 Gerai Nasi Lemak Tepi Jalan Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching

Nasi lemak antu ini merupakan hidangan yang ringkas tetapi boleh membuatkan anda rasa ketagih dengan sambal nasi lemak mereka yang sangat sedap.

3 Gerai Nasi Lemak Tepi Jalan Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching

Jangan terkejut jika anda perlu beratur sekiranya ingin membeli nasi lemak antu!

Lokasi Nasi Lemak Antu adalah seperti peta di bawah :

3. Nasi Lemak Koboi @ Taman Heng Guan

3 Gerai Nasi Lemak Tepi Jalan Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching

Bagi anda yang tinggal di sekitar taman heng guan, taman malihah dan sebagainya, anda boleh cuba nasi lemak koboi yang kebiasaannya beroperasi di bus stop berdekatan dengan taman heng guan.

3 Gerai Nasi Lemak Tepi Jalan Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching

Selain dari nasi lemak biasa, mereka juga menjual nasi lemak pandan ayam madu dengan harga RM3 sahaja.

Sine nak carik nasi lemak ada manok RM3 jak zaman tok nak?

Bagi anda yang ingin mencuba nasi lemak koboi ini, ianya dibuka dari pukul 7 pagi, setiap hari Isnin sehingga hari Sabtu.

Baca lagi : Tempat makan menarik di Kuching

Related posts
Places To Eat

3 Menu Makanan Yang Anda Mesti Cuba Di Kubah Ria

Places To Eat

3 Port Nasi Campur Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching

Places To Eat

La Mian Mi Tarik Kuching, Mi Tarik Halal Di Kuching

Places To Eat

Port Burger Legend Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami