fbpx
More

    Penghantar Makanan Maut Dalam Kemalangan Ketika Bertugas

    Kemalangan ini melibatkan motosikal penghantar makanan dan sebuah kereta.

    Penghantar Makanan Maut Dalam Kemalangan Ketika Bertugas. Seorang penghantar makanan maut dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Bampfylde sekitar jam 5 petang semalam.

    Menurut sumber, mangsa dikenali sebagai Muhammad Audi Zikry Abdul Rahman, berusia 20 tahun dan beralamat dari Jalan Datuk Ajibah Abol.

    Semasa kejadian, mangsa difahamkan menunggang motosikal dari arah Jalan Batu Lintang kemudiannya hilang kawalan motosikalnya.

    Penghantar Makanan Maut Dalam Kemalangan Ketika Bertugas
    Penghantar Makanan Maut Dalam Kemalangan Ketika Bertugas

    Bertembung dengan sebuah kenderaan

    Mangsa kemudiannya dipercayai telah bertembung dengan sebuah kenderaan.

    Anggota perubatan telah mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal di tempat kejadian. Polis masih lagi menyiasat kes tersebut.

    Takziah buat keluarga mangsa.

    Lagi di sini:

    Artikel Berkaitan