fbpx
More

    Pelajar IPT Di Kuching Lepas Tuduhan Edar Dadah, Paparan Kes Dibuang

    Pelajar IPT terlepas tuduhan mengedar ganja dua tahun lalu kini bebas.

    Pelajar IPT Di Kuching Lepas Tuduhan Edar Dadah, Paparan Kes Dibuang. Wanita yang berdepan tuduhan mengedar dadah dua tahun lalu telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuching semalam.

    Hakim Azhahari Kamal Ramli memutuskan bahawa pihak pendakwa gagal membuktikan keterangan yang meyakinkan terhadap Aziemah Mohamad Fuzzie, yang merupakan pelajar universiti ketika melakukan kesalahan tersebut.

    Kredit Gambar: UtusanBorneo
    Pelajar IPT Di Kuching Lepas Tuduhan Edar Dadah, Paparan Kes Dibuang. Kredit Gambar: UtusanBorneo

    Berdepan hukuman mati

    Hakim juga memerintahkan agar paparan kes dibuang oleh pihak pendakwaan setelah berlakunya tempoh rayuan.

    Aziemah yang berdepan tuduhan mengedar 3.155 kg ganja di Sebuah rumah di Samarahan sekitar jam 2.30 petang pada 19 Mac 2018, telah didakwa di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman mati jika disabit kesalahan.

    Pelajar IPT Di Kuching Lepas Tuduhan Edar Dadah, Paparan Kes Dibuang

    Aziemah sedang menghadiri kelasnya di Universiti ketika dia menerima panggilan

    Menurut fakta kes, ketika Aziemah sedang menghadiri kelasnya di Universiti dia telah menerima panggilan daripada pejabat Poslaju Kuching, memintanya untuk mengambil tiga bungkusannya.

    Bungkusan itu pertama kali tiba di Sarawak pada 14 Mac, tetapi ianya telah dihantar kembali ke Pusat Antarabangsa Kuala Lumpur pada 16 Mac, sebelum ianya dihantar lagi pada 19 Mac.

    Ketiga-tiga bungkusan tersebut dipercayai ditujukan ke rumah Aziemah di Kota Samarahan tetapi kepada penerima lain.

    Berikutan panggilan dari pejabat Poslaju, Aziemah dan tiga orang lain kemudiannya menuju ke sana untuk mengambil bungkusan tersebut.

    Lima hingga sepuluh minit setelah mereka berempat mengambil bungkusan tersebut, mereka diberhentikan oleh Pegawai Kastam yang kemudiannya dipimpin oleh Aziemah ke rumahnya di Samarahan.

    Pelajar IPT Di Kuching Lepas Tuduhan Edar Dadah, Paparan Kes Dibuang

    Bungkusan mengandungi ganja

    Ketiga-tiga bungkusan tersebut belum lagi dibuka sehingga salah seorang daripada pegawai kastam itu membuka salah satu bungkusan tersebut dan mendapati ianya mengandungi ganja.

    Dua bungkusan lain pula tidak mengandungi sebarang dadah. Setelah mendengar 14 saksi pendakwa semasa perbicaraan, Hakim Azhahari memutuskan bahawa terdapat perbezaan serius yang masih belum dapat dijelaskan lagi oleh pihak pendakwa.

    Pelajar IPT Di Kuching Lepas Tuduhan Edar Dadah, Paparan Kes Dibuang

    Bungkusan tersebut telah bertuliskan ‘Security Checked’ dan ‘Passed’

    Antara yang meragukan ialah bungkusan tersebut telah bertuliskan ‘Security Checked’ dan ‘Passed’ di bawah tarikh 15 Mac 2018 yang masih lagi tidak boleh dijelaskan lagi oleh pihak pendakwa.

    Jabatan Kastam pula hanya diberitahu mengenai bungkusan tersebut pada pukul 2.30 petang pada 16 Mac 2018, yang bermaksud bahawa selama beberapa jam sebelum itu, bungkusan tersebut berada di bawah jagaan dan kawalan polis tambahan yang identitinya tidak diingati oleh kakitangan Kastam yang ditempatkan di cawangan pos Kuala Lumpur.

    Pelajar IPT Di Kuching Lepas Tuduhan Edar Dadah, Paparan Kes Dibuang

    Bungkusan tersebut telah dibuka

    Di samping itu, hakim juga mendapati bahawa bungkusan tersebut telah dibuka semasa ianya dalam perjalanan di cawangan Kuala Lumpur.

    Hakim Azhahari juga mengatakan bahawa bungkusan berisi ganja tersebut telah dihantar oleh orang dalam yang membekalkan kunci, barangan yang sah sehingga ianya sampai di Pusat Antarabangsa Kuala Lumpur.

    Pihak pendakwa pula gagal memanggil pengirim untuk menyatakan bukti sebaliknya.

    Aziemah diwakili oleh counsels Satinder Singh Sandhu, Izayyeem Azim dan Lim Vui Seng.

    Lagi disini:

    Artikel Berkaitan