fbpx
Our Local Story

Warga Kuching Terlalu Sambil lewa, Teguran Lelaki Ini Sangat On Point

Kes semakin naik, sudah tiba masa untuk warga Kuching ambil tindakan

Warga Kuching Terlalu Sambil lewa, Teguran Lelaki Ini Sangat On Point. Baru sahaja dapat status hijau beberapa minggu lepas, tetapi malangnya Sarawak kini diturunkan ke status kuning sekali lagi.

Dengan peningkatan kes Positif baru-baru ini, ramai warga Sarawak terutamanya warga Kuching kini on high alert.

Namun, dengan laporan seorang pekerja premis di Kuching ditampar akibat menegur pelanggan untuk menggunakan pelitup muka sebelum masuk premis baru-baru ini, ia sangat jelas sebilangan warga Kuching terlalu sambil lewa dan tidak berprihatin dengan orang sekeliling.

Warga Kuching Terlalu Sambil lewa, Teguran Lelaki Ini Sangat On Point
Warga Kuching Terlalu Sambil lewa, Teguran Lelaki Ini Sangat On Point

“Orang Kuching sambil lewa gilak,” – Netizen

Seorang pengguna Facebook meluahkan kemarahannya menerusi Facebook tentang sikap sebilangan warga Kuching yang sambil lewa dan tidak mengikut SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

Anda boleh baca ciapan tersebut dibawah:

Orang kuching sambil lewa gilak. Cukup ko nangga di pasa. Aku merik contoh ahh. Aek gulapong waterperan birel ya nisik…

Posted by Pijul Izquierdo on Sunday, July 19, 2020

“Orang Kuching terlalu sambil lewa. Cukup sahaja anda tengok di pasar. Saya beri contoh, pengunjung air gula apong Waterfront tidak jaga jarak 1 meter ketika berbaris. Semua rapat-rapat sama diri. Pengunjung ais krim gula apong pun lebih kurang sama, semua berbaris rapat. Belum lagi mereka yang tidak guna pelitup muka di tempat yang ramai orang.

Itu bukan MASALAH pemilik kedai yang tidak menegur, yang tidak melarang beratur rapat sama diri atau tidak pakai pelitup muka, itu masalah AKAL (common sense) anda yang bermasalah.

Apabila kes sudah naik, anda semua mula takut dan risau zon akan kembali ke status merah.

Belum lagi saya sentuh tentang mereka yang berkunjung ke pantai. Semua hendak pergi ke pantai bagaikan keesokan hari Hari Kiamat.

Saya tidak melarang, saya tidak marah kalau anda semua ikut SOP. Anda nak berenang, berirama, janji anda ikut SOP.

Diri sendiri tidak ada akal, diri sendiri yang bodoh, diri sendiri yang takut.

Anda yang tidak ikut SOP, anda yang sepatutnya duduk di rumah sahaja. Otak diletak di lantai, memang patutlah ‘bodoh’.

Orang Kuching memang chempiyen (champion)”

Rata-rata netizen luahkan pendapat yang sama, dimana mereka luahkan perasaan marah mereka terhadap segelintir warga Kuching yang tidak bertanggungjawab.

Warga Kuching Terlalu Sambil lewa, Teguran Lelaki Ini Sangat On Point
Kredit: Facebook Pijul Izquierdo

“Bukan itu sahaja. Bukan main lagi nak wayang buka. Apabila dibuka, mereka tidak ikut SOP yang ditetapkan. Disuruh untuk jaga jarak, mereka akan beri muka marah. Langkah-langkah sudah dibuat untuk menjaga jarak sosial sebelum masuk foyer wayang tetapi masih juga mereka berkumpul di depan sana. Ditegur dengan bagus, mereka tidak mahu dengar. Stress saya!”

Warga Kuching Terlalu Sambil lewa, Teguran Lelaki Ini Sangat On Point
Kredit: Facebook Pijul Izquierdo

“Betul tu, apabila masuk pusat beli-belah, mereka buka pelitup muka. Kalau ditegur, mereka beri muka tak puas hati. Tak dapat juga salahkan pihak pengurusan, pemilik kedai, jika ada orang yang degil tak faham erti.”

Disamping itu, tinjauan atas kapsyen-kapsyen netizen yang kongsikan status tersebut mendedahkan pengalaman masing-masing mengenai warga Kuching yang tidak mengikut SOP yang ditetapkan dan juga kongsikan pendapat mereka mengenai perkara ini.

Warga Kuching Terlalu Sambil lewa, Teguran Lelaki Ini Sangat On Point
Kredit: Facebook Pijul Izquierdo

“Semalam saya beli penyapu di Everwin Batu 11, ada seorang warga tua dengan selambanya rapat dengan saya untuk letak barang di kaunter sedangkan saya tengah berbayar. Kau tak ada tengok garisan di lantai? Juruwang pun diam tidak menegur. Orang kita memang kebal. Adakah anda yakin saya bukan pembawa? Virus itu kini tiada gejala, jangan pula tiba-tiba positif.”

Warga Kuching Terlalu Sambil lewa, Teguran Lelaki Ini Sangat On Point
Kredit: Facebook Pijul Izquierdo

“Ini memang benar. Kes di Sarawak sudah berapa. Sehari sahaja dapat rasa zon hijau, tiba-tiba naik kes sehingga jadi zon kuning. Tak lama lagi zon merah. Saya tidak faham dengan otak orang yang enggan beri kerjasama. Dengan yakin tidak jaga jarak, tidak guna pelitup muka. Memang kebal, nanti kalau PKP dikembalikan, tahupun bising.”

Warga Kuching Terlalu Sambil lewa, Teguran Lelaki Ini Sangat On Point
Kredit: Facebook Pijul Izquierdo

“Paling (saya) tak dapat terima ialah para ibu bapa bawa anak-anak kecil atau bayi berjalan-jalan. Mereka yang gunakan pelitup muka tetapi anak mereka tidak guna pelitup muka. Mereka hanya menyelamatkan diri dahulu, anak kemudian.”

Warga Kuching Terlalu Sambil lewa, Teguran Lelaki Ini Sangat On Point
Kredit: Facebook Pijul Izquierdo

“Ada yang tak pakai pelitup muka. Umpama dia kebal, ada hantu jaga nyawa dia kali. Ada juga yang tiada otak. Semakin orang tegur jaga jarak 1 meter, tengah-tengah berbaris tunggu giliran untuk periksa suhu, tiba-tiba 2 manusia datang mendekati saya dibelah tepi. Nak kata kenal tak juga, tiba-tiba rapatkan diri dengan saya. Sudah lah sakai, kurang ajar di sana juga, ibarat dunia milik mereka.”

Kredit: Facebook Pijul Izquierdo

“Nanti ditegur, percuma kena tampar.”

Tolong ikut SOP

Warga Kuching, sudah tiba masanya untuk kita semua ambil langkah penjagaan yang rapi. Tidak dinafikan Kuching kini mempunyai kes aktif yang paling banyak di Sarawak dengan adanya TUJUH kluster setakat ini.

Kesian Sarawak baru sahaja rasa status hijau, tetapi oleh kerana kedegilan segelintir manusia, status Sarawak sudah diturunkan kembali ke kuning.

Tolong lah ikut SOP yang ditetapkan dan gunakan pelitup muka dimana sahaja anda pergi.

Jaga jarak sosial anda, elak pergi ke tempat sesak sebaik mungkin. Lebih baik lagi anda keluar hanya untuk tujuan keperluan sahaja buat sementara waktu ini.

Jika kita mampu jadi zon hijau dahulu, kita mampu lakukannya lagi TETAPI perkara ini hanya boleh dilakukan jika semua beri kerjasama.

Semoga anda beri kerjasama agar Sarawak akan kembali ke zon hijau sekali lagi. Kita jaga kita!

Baca lagi disini:

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close