Our Local Story

Wanita Ini Kongsikan Pengalaman Menarik Beliau Di Bandaraya Kuching

Wanita Ini Kongsikan Pengalaman Menarik Beliau Di Bandaraya Kuching

Viral beberapa hari lepas apabila seorang netizen berkongsi pengalaman ringkas beliau di Kuching. Beliau yang menggunakan nama Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah berkongsi pengalaman beliau seperti di bawah :

Wanita Ini Kongsikan Pengalaman Menarik Beliau Di Bandaraya Kuching

Gambar : Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah

” Di Kuching ni, 4 hari saya di sini hanya dengar bunyi hon di jalan raya 2 kali.

Orangnya sopan dan berbudi bahasa. Saya pandu kereta 60-80km/jam pun orang lain sabar sahaja.

Bandarnya tenang, setenang air Sungai Sarawak.

Makanan murah, barang-barang cenderhati pun harga berpatutan. Walaupun tahu kami pelancong, tiada istilah ambik kesempatan dan naikkan harga.

[adace_shop_the_post ids=”9002,9560,9589″ id=”1550409526937″]

Hari ni sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, baru saya tahu mengapa orang di sini baik baik belaka.

Dalam tandas pun penuh dengan kata-kata motivasi!

Wanita Ini Kongsikan Pengalaman Menarik Beliau Di Bandaraya Kuching

Gambar : Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah

Kuching memang hebat lah!

Pengalaman beliau tersebut dikongsi sebanyak 1599 kali di laman facebook dan netizen yang lain juga memberi pandangan masing masing yang rata ratanya bersetuju.

Komen yang diberi oleh pengguna facebook yang bernama Nuur Di Hatiku :

” Setuju sangat2…walaupun driving during pick hour….takde apa yang dikejarkan di sana…sume santai…rindu kuching very much ”

Selain itu, pengguna facebook yang bernama Lynn Zulkarim turut berkongsi pengalaman beliau :

” Our driver in Kuching said orang sana kalau hon sebab nak say “hi”

Selain telah dikongsi sebanyak 1599 kali, perkongsian Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah ini juga mendapat like sebanyak lebih daripada 3k.

Apa pula pendapat anda? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.

 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami