Our Local Story

Wanita Ini Jual Sate Kebab Untuk Kumpul Dana Vaksin Rabies Demi Haiwan Jalanan

Wanita Ini Jual Sate Kebab Untuk Kumpul Dana Vaksin Rabies Demi Haiwan Jalanan

Wanita Ini Jual Sate Kebab Untuk Kumpul Dana Vaksin Rabies Demi Haiwan Jalanan

Seorang wanita dari Kuching telah mengambil inisiatif menjual produk sate kebab secara online untuk mengumpul dana membeli vaksin anti-rabies untuk menyelamatkan haiwan jalanan di Kuching yang diwartakan sebagai kawasan rabies pada 25 Julai.

Syamim Kamil, pengurus projek fundraising dan penjual borong barangan Akmal Food Industry berkata beliau ingin berbakti kepada masyarakat dengan mengumpul dana untuk vaksin rabies dengan cara menjual sate kebab.

“Saya membuat fundraising ini dengan harapan dapat tingkatkan kesedaran tentang pentingya vaksinasi haiwan. It’s like a win-win situation. Anda dapat sate kebab yang enak sambil menderma, haiwan jalanan dapat vaksin, dan masyarakat pula dilindungi oleh rabies,” katanya ketika dihubungi ilovekch.com.

Wanita Ini Jual Sate Kebab Untuk Kumpul Dana Vaksin Rabies Demi Haiwan Jalanan

Kredit: Sate Kebab Sarawak 

“Tanggungjawab untuk menghentikan wabak rabies tidak hanya bergantung pada kerajaan dan aktivis NGO. Kita sebagai rakyat Sarawak juga patut ambil tindakan.”

Syamim berkata beliau mendapat inspirasi apabila melihat rakannya Kimberly Lim dari SOS Save Our Strays Kuching aktif dalam menyelamatkan haiwan jalanan.

“Beliau sangat komited menyelamat haiwan jalanan sehingga menggunakan duit simpanan sendiri untuk membeli makanan dan ubat.”

Bagi Syamim pula beliau juga memberi makanan kepada haiwan jalanan di sekitar Kuching.

“Walaupun saya tak beri makanan secara penuh masa, tapi kalau saya jumpa mana-mana haiwan saya akan memberinya makanan. Saya sentiasa sedia makanan untuk kucing dan anjing di dalam kereta saya.”

Wanita Ini Jual Sate Kebab Untuk Kumpul Dana Vaksin Rabies Demi Haiwan Jalanan

“Ciku Latte”, salah satu kucing jalanan yang diselamatkan oleh Syamim. Kredit: Syamim Kamil

Wanita Ini Jual Sate Kebab Untuk Kumpul Dana Vaksin Rabies Demi Haiwan Jalanan

“Totty”, juga kucing jalanan yang diselamatkan oleh Syamim. Kredit: Syamim Kamil

Setakat ini, sejumlah RM435 telah berjaya dikumpul hasil jualan sate kebab dan derma dari orang awam.

Bagi sesiapa yang ingin rasakan Sate Kebab Akmal sambil menderma, sila lawati Facebook page Pemborong Terbesar Sate Kebab Akmal Sarawak atau hantar mesej kepada Syamim (WhatsApp  sahaja) di talian 016-864 4548 (boleh klik pautan ini ke WhatsApp Syamim).

 

Wanita Ini Jual Sate Kebab Untuk Kumpul Dana Vaksin Rabies Demi Haiwan Jalanan

Terima kasih kepada Syamim atas dedikasinya untuk membantu haiwan jalanan Kuching.

Wanita Ini Jual Sate Kebab Untuk Kumpul Dana Vaksin Rabies Demi Haiwan Jalanan

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami