in

[Video] S4S: BN Sarawak Harus Berdiri Sendiri, Jangan Sertai PH

S4S: BN Sarawak Harus Berdiri Sendiri, Jangan Sertai PH
Kredit: Rusnan Mustafa/Utusan Borneo

S4S: BN Sarawak Harus Berdiri Sendiri, Jangan Sertai PH

Gerakan Sarawak For Sarawak (S4S) telah berhimpun di Tebingan Kuching (Kuching Waterfront) pagi tadi untuk menggesa Barisan Nasional (BN) Sarawak untuk menubuh kerajaan sendiri dan tidak menyertai Pakatan Harapan (PH).

Menurut laporan Utusan Borneo, himpunan aman tersebut yang disertai oleh kira-kira 40 orang diadakan untuk meminta kerajaan negeri untuk berdiri sendiri.

Jurucakap S4S, KC Tan berkata, BN Sarawak yang diterajui oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) harus membentuk kerajaan sendiri agar dapat menuntut kembali hak-hak negeri Sarawak mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Saya beranggapan adalah lebih baik untuk BN Sarawak yang diterajui oleh PBB membentuk kerajaan sendiri tanpa perlu menyertai PH.

“Ini penting agar mereka lebih vocal dalam menyuarakan dan menuntut hak-hak Sarawak mengikut MA63, dan kita di S4S menyokong sekiranya BN Sarawak berdiri sendiri kerana inilah masa yang sesuai,” katanya ketika ditemui media.

Tan juga mendesak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menunaikan janji PH pada pilihan raya umum ke-14 terutamanya mengembalikan semula hak-hak negeri Sarawak.

“Himpunan pagi ini juga bertujuan untuk menuntut kerajaan baharu di bawah PH menunaikan janji mereka terutamanya berkaitan MA63.

“S4S akan terus mendesak agar hak-hak Sarawak dikembalikan semula dan MA63 sentiasa dihormati,” kata Tan.

Tontoni perhimpunan S4S di Kuching Waterfront yang dirakam oleh Sin Chew Sarawak pagi tadi:

S4S今早7時30分開始聚集在古晉河濱公園,號召砂人民反對砂拉越政府加入希望聯盟,斷絕外來黨/陣線關係,要求砂拉越政府退出國陣、獨立自主,成立本土陣線運動。

Posted by Sin Chew Sarawak 砂拉越星洲日報 on Saturday, 12 May 2018

Facebook Comments
PBB Adakan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Rabu Ini

PBB Adakan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Rabu Ini

Jonathan Nyepa Catat Rekod Peribadi 200m

Jonathan Nyepa Catat Rekod Peribadi 200m