[Video] Peragut Dan Penyamun Di Kuching Mengganas Lagi, Wanita Menjadi Mangsa
Sebelum ini viral video cubaan meragut seorang wanita yang baru sahaja meletakkan kereta beliau di Batu 4 1/2 Kuching. Hari ini pula viral lagi sebuah video rakaman CCTV seorang wanita dirompak dan diragut di luar rumah beliau sendiri.
Kejadian ini berlaku di sebuah rumah di Lorong 5, Jalan Pisang. Mangsa yang baru balik dan baru sahaja menutup pagarnya dan sedang membuka pintu rumah beliau telah dirompak dan diragut oleh 2 orang lelaki yang menggunakan motosikal.
Bagi warga Kuching terutamanya wanita, kami sarankan anda agar berhati hati apabila keluar dari kereta atau berseorangan kerana perompak ini seringkali menjadikan situasi tersebut sebagai cara untuk mereka merompak.
Baca kisah peragut sebelum ini : (Video) Peragut Kembali Lagi Di Kuching, Cuba Meragut Pemandu Wanita.