Our Local Story

Unlocking Bengoh Ceritakan Kisah Penduduk Yang Terpaksa Berpindah Demi Beri Laluan Pada Empangan Bengoh

Unlocking Bengoh Ceritakan Kisah Penduduk Yang Terpaksa Berpindah Demi Beri Laluan Pada Empangan Bengoh

Unlocking Bengoh Ceritakan Kisah Penduduk Yang Terpaksa Berpindah Demi Beri Laluan Pada Empangan Bengoh

Dokumentari Unlocking Bengoh ini memberi satu pandangan yang sangat penting mengenai tekanan yang dihadapi oleh kaum pribumi di Sarawak. yang tersepit di dalam agenda pembangunan dan mengekalkan tradisi asal mereka.

Dokumentari ini juga menceritakan kerosakan yang berlaku akibat pembinaan projek mega seperti empangan di mana keluarga yang menetap di kawasan asal mereka terpaksa berpindah ke tempat baru demi memberi laluan kepada pembinaan Empangan Bengoh.

Antara kampung yang terjejas daripada pembinaan Empangan Bengoh adalah Kampung Semban, yang sangat dikenali sebagai ‘a village above clouds’. Anda boleh baca lebih lanjut mengenai Kampung Semban di pautan ini :

Semban – The Village Above Clouds

Unlocking Bengoh Ceritakan Kisah Penduduk Yang Terpaksa Berpindah Demi Beri Laluan Pada Empangan Bengoh

Sinopsis ringkas dokumentari Unlocking Bengoh :

Setelah bergenerasi, keluarga Simo Sekam, Peluk Apeh dan Sagen Adan yang hidup di Lembah Bengoh, Sarawak telah dipaksa meninggalkan tempat tinggal nenek moyang mereka untuk memberi laluan kepada pembinaan Empangan Bengoh. Kisah ini mengikuti perjalanan seorang pengarah yang ingin mengetahui lebih tentang kesusahan yang sebenarnya dialami keluarga-keluarga ini akibat kemajuan.
Director/ Pengarah: Nova Goh
Year/ Tahun: 2016
Duration/Masa: 25 mins
Language/ Bahasa: Bahasa Malaysia
Subtitle/Sarikata: English

Anda boleh tonton dokumentari tersebut di Laman Pautan di bawah :

Kami sarankan anda untuk meluangkan masa selama 30 minit untuk menonton dokumentari ini, kerana ianya menyajikan satu perspektif yang sangat menarik.

Selamat menonton!

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami