fbpx
Our Local Story

Trio Serang Pekerja Restoran Hanya Kerana Tidak Patuh SOP Restoran

Polis telah menahan tiga lelaki yang dipercayai dalang serangan terhadap dua pekerja Restoran asing yang tidak membenarkan mereka masuk atas sebab salah seorang daripada mereka menulis nombor telefon palsu di dalam daftar pelanggan.

Trio Serang Pekerja Restoran Hanya Kerana Tidak Patuh SOP Restoran. Pemangku Ketua Polis Kuching Supt Merbin Lisa berkata, tiga penduduk tempatan telah ditahan di tempat persebunyan mereka di Batu Kawa sekitar jam 5.40 petang Rabu semalam oleh pasukan daripada Bahagian Jenayah Utama. Turut dirampas Ketika menahan ketiga-tiga penduduk tempatan tersebut adalah sebilah parang dan paip logam yang dipercayai digunakan suspek semasa kejadian.

Selain itu, pakaian serta kenderaan yang digunakan mereka pada waktu kejadian tersebut juga turut dirampas katanya dalam satu kenyataan semalam.

https://www.theborneopost.com/2020/09/11/trio-who-allegedly-attacked-workers-over-eatery-sop-nabbed-by-cops/

Suspek berkelakuan agresif semasa penangkapan

Menurut Merbin, suspek berkelakuan agresif semasa penangkapan mereka dan ketiga-tiga mereka mempunyai rekod terdahulu mengenai jenayah harta benda dan kesalahan berkaitan dadah.

Suspek pula mempunyai rekod di bawah akta Bahan Kakisan dan Letupan 1958

Salah seorang daripada suspek pula mempunyai rekod di bawah akta Bahan Kakisan dan Letupan 1958. Dia juga merupakan suspek yang dikehendaki polis atas kesalahannya di Serian yang melibatkan Perintah Kawalan Pergerakan.

Suspek positif dadah metamfetamin

Ketiga-tiga suspek tersebut juga dipercayai melakukan dua rompakan- satu di sebuah rumah di Padungan pada 7 September dan satu lagi di Kawasan komersial di Batu Kawa pada 9 September, katanya. Suspek juga telah didapati positif terhaddap metamfetamin setelah ujian dadah yang mereka lakukan.

Ketiga-tiga mereka telah direman sehingga 17 September untuk siasatan yang lebih lanjut lagi di bawah seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Serangan itu berlaku di Jalan Abell sekitar jam 5.30 pagi pada 8 September setelah salah seorang lelaki itu dikatakan telah dilarang masuk ke dalam restoran kerana menulis ‘123456789’ sebagai nombor telefonnya dalam daftar pelanggan.

Dua pekerja asing tersebut dikatakan menegaskan untuk memberi nombor telefonnya yang sebenar dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan tetapi lelaki itu menolak dan terus meninggalkan restoran tersebut.

Namun malangnya, dia Kembali kira-kira sejam kemudian Bersama dua lelaki lain dan menyerang dua pekerja tersebut dengan menggunakan benda keras dan tajam, menyebabkan mangsa cedera parah. Kedua-dua mangsa telah dihantar ke hospital swasta untuk rawatan dan kini telah dilaporkan berada dalam keadaan yang stabil.

Baca lagi disini:

Artikel Berkaitan

Back to top button