Our Local Story

Tolak Tawaran Biasiswa PHD Untuk Fokus Pada Misi Kitar Semula Sisa Makanan

jeff

Tolak Tawaran Biasiswa PHD Untuk Fokus Pada Misi Kitar Semula Sisa Makanan

n

Hung Yee Wee merupakan graduan dari UNIMAS dalam bidang Resource Chemistry. Beliau juga pernah mendapat Dean’s List selama 5 semester dan kini mengusahakan perniagaan social enterprise.

Apa itu social enterprise? :

Perusahaan sosial adalah sebuah organisasi yang menggunakan strategi komersial untuk memaksimumkan peningkatan manusia dan alam sekitar  termasuk memaksimumkan kesan sosial bersama keuntungan bagi pemegang saham.

Jika diringkaskan, social enterprise adalah perniagaan yang mementingkan impak sosial yang positif kepada masyarakat dan bukan semata mata mengejar keuntungan wang ringgit.

Semasa semester akhir di UNIMAS, Hung Yee Wee telah diterima masuk untuk menyertai MAGIC Accelerator Program di Cyberjaya. Di situ lahirlah WormingUp, iaitu perusahaan sosial yang memfokuskan pada pengurusan sisa makanan secara sistematik, urban farming dan juga mengadakan bengkel kesedaran.

Kini, WormingUp yang diusahakan beliau kian mendapat perhatian dari orang awam dan juga kerajaan. Mereka juga telah memulakan pilot project di Pasar Basah Batu Tiga Kuching, untuk mengurangkan pembuangan sisa dari pasar basah tersebut.

n

Hung Yee Wee juga telah ditawarkan biasiswa untuk peringkat PHD di Swinburne University of Technology Sarawak namun beliau telah menolak tawaran tersebut untuk kekal focus membina WormingUP .

jeff

Beliau mungkin menolak satu peluang tetapi dengan apa yang beliau lakukan kini, tidak mustahil satu hari nanti usaha mereka akan mendatangkan impak yang positif dalam skala yang besar, dan akhirnya menjana lebih banyak peluang lain.

jeff

Sekiranya anda berminat untuk menjadi sukarelawan WormingUP, anda boleh lawat laman facebook mereka di : Facebook Worming Up

 

 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami