Our Local Story

Tiga Lagi Kawasan Di Sarawak Diisytihar Wabak Rabies

Infografik tentang rabies: Kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tiga Lagi Kawasan Di Sarawak Diisytihar Wabak Rabies

Tiga kawasan baru di Sarawak telah diisytiharkan wabak rabies (wabak anjing gila) iaitu Pekan Siburan, Kampung Temong Mura di Tebedu dan Rumah Janta Punggu Mawang di Sri Aman oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada 18 Julai.

“Laporan hasil keputusan makmal yang baru diterima mendapati masih terdapat sampel positif anjing dan kucing dalam lingkungan 10 kilometer kawasan wabak di Bahagian Serian (Kampung Ampungan, Kampung Mentong Berawan, Kampung Mentong Silaga, Kampung Engkabang, Kampung Tampek Sumpas, Kampung Rasau, Bandar Serian dan Batu 45 Jalan Kuching-Sri Aman).

“Operasi bersepadu yang dikelolakan bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) dan Kementerian Kerjaan Tempatan dan Perumahan Sarawak telah giat dijalankan di pasar batu 7, 10 dan Siburan kerana operasi ini dijalankan selepas pengisytiharan Pekan Siburan sebagai kawasan positif rabies kepada anjing,” kata kenyataan media itu.

Menurut JPBN, sehingga 18 Julai, JPVS telah memvaksin 9,185 ekor haiwan. Dari jumlah tersebut 2,656 ekor anjing, 6,491 ekor kucing dan 38 ekor lain-lain.

Tiga Lagi Kawasan Di Sarawak Diisytihar Wabak Rabies

Sehingga kini wabak rabies telah meragut nyawa empat kanak-kanak.

Florencesia Edward, 5 tahun, dari Kampung Ampungan, Serian, telah meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (SGH) pada pukul 2.05 petang pada 17 Julai.

Mangsa ketiga, Lorenna Nody, 7, dari Kampung Lebor, Serian, meninggal dunia pada 13 Julai.

Dua adik-beradik, Monica Mazlan, 6, dan Jackson Mazlan, 4, dari Kampung Sungai Paun Sungai Rimu menjadi mangsa pertama dan kedua jangkitan rabies pada 4 Julai.

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami