fbpx
Our Local Story

Tidak Pernah Menghampakan, Myvi Putih ‘Parking’ Pula Dalam Restoran Di Kuching

Tular sebuah gambar kenderaan Myvi di dalam sebuah restoran di Kuching

Tidak Pernah Menghampakan, Myvi Putih ‘Parking’ Pula Dalam Restoran Di Kuching. Kita baru sahaja dikejutkan dengan sebuah video Myvi putih berlatarbelakangkan lagu tokyo drift minggu lalu dan minggu ini pula muncul lagi kisah kereta Myvi lagi di Kuching, Sarawak

Kali ini pula, tular gambar sebuah kenderaan Myvi yang juga berwarna putih yang dilihat ‘parking’ di dalam sebuah restoran terkenal di Batu 7, Kuching dan melanggar tiang restoran tersebut.

Tidak Pernah Menghampakan, Myvi Putih 'Parking' Pula Dalam Restoran Di Kuching
Tidak Pernah Menghampakan, Myvi Putih ‘Parking’ Pula Dalam Restoran Di Kuching

Gambar yang tular menerusi laman facebook Sarawak Group Update itu ternyata menghiburkan netizen seantero Malaysia, dengan gambar tersebut kini mendapat lebih dari 2 ribu perkongsian!

Bukan itu sahaja, muncul pula netizen netizen yang kreatif mengubah gambar kenderaan tersebut dengan caption caption yang lucu.

Aduh, pecah perut ketawa dibuatnya.

Walaupun kenderaan yang dikatakan kenderaan no 1 di Malaysia itu parking di dalam restoran tersebut, ianya tidak menghalang beberapa individu untuk kekal tenang menikmati hidangan mereka.

Seorang pengguna facebook memuatnaik gambar individu individu tersebut berlatar belakangkan kenderaan myvi yang berada di dalam restoran.

Tidak Pernah Menghampakan, Myvi Putih 'Parking' Pula Dalam Restoran Di Kuching

Tidak pernah menghampakan

Rata rata netizen yang melihat gambar yang tular tersebut dengan nada lawak mengatakan Myvi tidak pernah menghampakan. Ada juga yang mengatakan, ‘kembali lagi kita ke rancangan, dah Myvi ke belum?’

Kesian betul owner owner Myvi, kerana beberapa buah myvi yang nakal nampaknya mereka selalu akan di’tag’ rakan rakan mereka di laman facebook hanya kerana mereka memiliki kenderaan tersebut.

Ha, apa pula pendapat anda? Adakah anda pernah bertemu dengan insiden insiden istimewa dengan kenderaan yang bernama Myvi? Jangan lupa kongsikan pengalaman anda!

Sebelum ini tular kenderaan Myvi di Miri yang gagah mengalahkan pacuan 4 roda meredah jalan rumput bagi memotong


Tak cukup dengan itu, baca juga artikel mengenai Myvi di Kuching ini pula. Sanggup meredah laluan pejalan kaki nampaknya :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close