Our Local Story

Tiada Masalah Oktoberfest Diadakan Di Sarawak, Malah Baik Untuk Pelancongan

Kerajaan SaraTiada Masalah Oktoberfest Diadakan Di Sarawak, Malah Baik Untuk Pelanconganwak Mengalu-alukan Oktoberfest, Baik Untuk Pelancongan

Tiada Masalah Oktoberfest Diadakan Di Sarawak, Malah Baik Untuk Pelancongan

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menurut laporan The Malay Mail hari ini berkata beliau tidak mempunyai masalah sekiranya Oktoberfest 2017 diadakan di Sarawak.

“Oktoberfest ialah pesta kebudayaan di mana banyak juadah makanan dihidangkan, dan seperti yang anda ketahui dengan warga Jerman, ini termasuk bir.

Tiada Masalah Oktoberfest Diadakan Di Sarawak, Malah Baik Untuk Pelancongan

“Jadi, saya tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh sebilangan ekstremis di mana Oktoberfest ialah satu pesta bir,” katanya apabila diminta untuk mengulas tindakan sebilangan kumpulan, termasuk PAS, yang membantah penganjuran Oktoberfest di Kompleks 1 Utama di Petaling Jaya, Selangor.

Baru-baru ini PAS telah membantah anjuran “Better Beer Festival” di Kuala Lumpur yang telah dibatalkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Karim berkata pesta Jerman itu adalah serupa dengan Gawai Dayak di mana banyak makanan dan minuman dihidangkan.

“Saya tidak berasa minum bir itu satu kesalahan,” katanya, dan memberi nasihat kepada orang umum supaya minum secara sederhana dan tidak minum sehingga terlalu mabuk.

Malah Karim berkata Oktoberfest adalah baik untuk industri pelancongan negeri, dan beliau berharap lebih ramai pelancong dalam dan luar negara datang ke Kuching dan bandar-bandar lain untuk menikmati budaya Jerman.

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami