Our Local Story

Tiada Lagi Penerbangan Malindo Air Dari Kuala Lumpur ke Miri ?

Tiada Lagi Penerbangan Malindo Air Dari Kuala Lumpur ke Miri ?

Tiada Lagi Penerbangan Malindo Air Dari Kuala Lumpur ke Miri ?

Pada bulan Julai tahun lepas, Malindo Air menyambung kembali laluan dari Kuala Lumpur – Miri , Miri – Kuala Lumpur yang pada mulanya digantung semenjak tahun 2013 kerana masalah komersil ( masa hard time oil and gas ya bah neida rami org kerja turun nait ke miri haha )

malindo air promotion sibu miri tawau

Gambar poster di atas adalah poster lama pada tahun 2013 ketika kemunculan Malindo Air. Menurut laporan daripada The Borneo Post pada tahun lepas, Malindo Air sedang mengkaji beberapa laluan penerbangan domestik dan antarabangsa di Kuching, antaranya adalah Kuching-Miri, Kuching-Pontianak.

Namun begitu, apa bila kami melakukan carian di laman sesawang malindo air untuk penerbangan Miri – Kuala Lumpur ( pergi balik ) , carian kami gagal.

Tiada Lagi Penerbangan Malindo Air Dari Kuala Lumpur ke Miri ?

Anda juga boleh cuba untuk melakukan carian, dengan mencari tarikh selepas 19 April 2017. Beberapa carian kami selepas tarikh tersebut gagal, bermakna bahawa terdapat kemungkinan di mana Malindo Air akan memberhentikan penerbangan ke Miri selepas tarikh tersebut.

Kami cuba untuk ‘jalan jalan’ di facebook Malindo Air, dan kami terjumpa komen ini :

Sebenarnya tidak pelik sekiranya Malindo Air mengalami masalah komersil di Miri. Miri adalah bandar minyak, dan aliran trafik di Lapangan Terbang Miri kebanyakannya melibatkan pekerja ‘ oil and gas ‘ . Memandangkan situasi pasaran ‘ oil and gas ‘ yang tidak menentu, ini bermakna kurangnya pergerakan pekerja yang berasal dari Semenanjung Malaysia.

Adakah anda bakal penumpang malindo air Miri – Kuala Lumpur yang terjejas? Tinggalkan komen anda di bawah!

 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami