fbpx
Our Local Story

TERKINI: Semua Pergerakan Rentas Negeri Dari KLIA dan KKIA Ke Kuching Perlu Permit PDRM

Keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Semua Pergerakan Rentas Negeri Dari KLIA dan KKIA Ke Kuching Perlu Permit PDRM. Ia dilaporkan semua semua pergerakan rentas negeri menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ke Kuching kini memerlukan permit permit dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).

TERKINI: Semua Pergerakan Rentas Negeri Dari KLIA dan KKIA Ke Kuching Perlu Permit PDRM

Penambahan tatacara masuk ke Sarawak

Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), keputusan tersebut adalah keputusan MKN dan JPBNS sedia membantu.

Tambahnya lagi, JPBNS memaklumkan penambahan tatacara masuk ke Sarawak melalui aplikasi EnterSarawak perlu disertai permit dari polis.

Disertakan dalam aplikasi EnterSarawak adalah permit polis.

Untuk mengekang penyebaran Covid-19, beliau juga memberitahu bahawa JPBNS telah memutuskan untuk mengawal pergerakan di sempadan Merapok dan Sidumin.

“Anggota keselamatan akan menambah jumlah personel dan melakukan rondaan di sempadan, terutama di sepanjang ‘jalan tikus’ (trek sempadan haram).

Rondaan akan lebih ketat dan kerap di sepanjang sempadan Kalimantan,” katanya lagi.

Lagi di sini:

Sumber
The Borneo Post

Artikel Berkaitan

Back to top button