fbpx
More

    TERKINI, Pengguna Media Sosial Tak Perlu Pohon Lesen FINAS

    Perkara tersebut dimaklumkan melalui kenyataan media Menteri Komunikasi Dan Multimedia

    Terkini, Pengguna Media Sosial Tak Perlu Pohon Lesen FINAS. Selepas semalam viral isu penghasilan konten video yang dikatakan memerlukan lesen daripada FINAS, hari ini pula Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa lesen FINAS tidak diperlukan untuk menggunakan aplikasi media sosial di Malaysia.

    Menurut kenyataan media tersebut, kerajaan menegaskan pendirian mereka untuk mendokong prinsip kebebasan media dan hak kebebasan individu di laman media sosial.

    Oleh itu, pengguna media sosial bebas hasilkan dan muat naik video ke platform sedia ada tanpa perlu pohon lesen FINAS.

    Kerajaan juga akan meminda Akta Finas 1981 (Akta 244) dengan mengambil kira situasi semasa.

    Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia telah memulakan usaha untuk meminda akta-akta di bawah kementerian tersebut agar bersesuaian dengan keadaan semasa.

    Proses meminda akta akta tersebut juga akan diambil dalam masa yang terdekat.

    Akta 244 sebelum ini memberi takrifan filem adalah semua bentuk penghasilan imej bergerak yang dirakam untuk tontonan umum perlu mendapat lesen dari pihak FINAS terlebih dahulu.

    Ianya menjadi bualan hangat di Malaysia sejak semalam kerana akta tersebut merangkumi konten konten yang dimuatnaik ke laman sosial seperti youtube dan tiktok yang menjadi alternatif utama untuk rakyat mendapatkan maklumat dan juga hiburan.

    Baca juga artikel berkaitan :

    Artikel Berkaitan