in

Tak Sempat Baca Akhbar? Ini Rumusan Tajuk Berita Utama 14 Mei 2018

Tak Sempat Baca Akhbar? Ini Rumusan Tajuk Berita Utama 14 Mei 2018

Tak Sempat Baca Akhbar? Ini Rumusan Tajuk Berita Utama 14 Mei 2018

Sejak kemenangan besar Pakatan Harapan (PH) pada pilihanraya umum ke-14 pada Rabu lalu, ramai yang setia menunggu berita di televisyen, saluran berita online dan media sosial untuk mendapatkan perkembangan terkini tentang politik Malaysia.

Di sini kami rumuskan tajuk berita utama hari ini (14 Mei) berkenaan politik negara untuk kesenangan pembaca.

Tajuk Berita Utama 14 Mei 2018:

  1. Hari pertama bekerja Tun Dr Mahathir Mohamad
  2. Sultan Brunei melawat Tun Dr Mahathir
  3. Kartunis Zunar tidak lagi dihalang keluar negara oleh imigresen
  4. KP SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad letak jawatan, penggantinya mungkin diumumkan esok (Selasa)
  5. Bekas pegawai tinggi SPRM buat laporan terhadap Datuk Seri Najib Razak
  6. Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali diminta bercuti dan diganti oleh Peguam Cara Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek
  7. Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad letak jawatan
  8. Kenyataan mengenai GST dimansuhkan mulai 1 Jun adalah palsu
  9. KM Sabah arah larangan masuk Sabah terhadap pemimpin PH dari Semenanjung ditarik balik
  10. Mahkamah arah TV3 bayar RM1.1 juta kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memfitnahnya sebagai dalang kes Lahad Datu
  11. Mesyuarat Lembaga Pengampunan Datuk Seri Anwar ditunda ke Rabu
  12. Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata 2 ADUN UMNO yang sokong PH di Perak gugur keahlian serta-merta
  13. Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata parti tersebut perlu rombakan sepenuhnya
  14. Tun Dr Mahathir berkata mereka tahu lokasi Jho Low namun permohonan mengekstradisi belum dikemukakan
  15. Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar ditukar ke JPA dan kontraknya dipendekkan sehingga 13 Jun
  16. 200 ahli UMNO sertai PPBM, termasuk ADUN Sungai Manik and 4 pemimpin tertinggi UMNO Perak

Hasrat kami adalah untuk membuat rumusan tajuk berita utama setiap malam selama 100 hari untuk mengikuti perkembangan kerajaan baru di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ikuti ilovekch.com untuk rumusan berita politik Malaysia.

Facebook Comments
Remaja Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Jambatan Darul Hana

Remaja Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Jambatan Darul Hana

Anwar Ibrahim Bebas

Anwar Ibrahim Bebas Hari Ini