Our Local Story

Suspek Rompakan Bersenjata Larikan Diri Dari Polis, Polis Kuching Lancarkan Ops Tutup

Suspek Rompakan Bersenjata Larikan Diri Dari Polis, Polis Kuching Lancarkan Ops Tutup

Suspek Rompakan Bersenjata Larikan Diri Dari Polis, Polis Kuching Lancarkan Ops Tutup

Seorang suspek rompakan bersenjata melarikan diri dari Balai Polis Kuching pada tengah hari tadi. Menurut laporan, suspek berada di pondok keselamatan  bersama 2 lagi suspek lain semasa menunggu kenderaan untuk menghantar mereka kembali ke penjara. Mereka juga dieskot oleh anggota polis dari Balai Polis Kuching.

Suspek dikatakan melepaskan diri dari gari dan lari ke arah pagar Balai Polis Kuching. Pegawai polis yang berada di lokasi kejadian cuba mengejar namun suspek berjaya meloloskan diri dengan memasuki sebuah kereta iswara dan terus menghilangkan diri ke jalan besar.

Berikut adalah laporan yang viral di media media sosial :

As salam dan salam sejahtera,
YDH Dato/Tuan/Puan.

Maklumat Awal,
Kejadian OKT lolos dari kawalan anggota Cawaangan Pengawal Pengiring IPD Kuching.

Tarikh:23/10/2017
Masa: 1330Hrs
Tempat Kejadian:Pondok Pengawal IPD Kuching

Bangsa= Nelayu
Seksyen= 394/395
Pakaian= baju meroon
seluar jean biru

Tarikh masa= 23.10.2017
1330 hrs

Umur= 34 thn
Bangsa= melayu
Seksyen= 394/395
Pakaian= baju meroon
seluar jean biru

Ringkasan Kejadian:

Semasa anggota eskot menunggu kenderaan sampai untuk membawa 3 okt dari mahkamah untuk d hantar ke penjara, seorang OKT bernama XXXXXXXXX telah lari dari jagaan dengan membuka gari menuju keluar pagar IPD Kuching. Anggota yang berada d bilik pengawal cuba mengejar suspek namun suspek telah masuk ke dalam sebuah kereta warna putih jenis iswara dan terus memecut ke arah jalan besar.

Nota:Gerakan mencari,mengesan dan menangkap OKT telah dikeluarkan. Telah diarah membuat “Op Tutup”oleh unit JSJ/MPV/URB/Trafik dan Balai-balai.

Sekian, Terima Kasih.

Suspek Rompakan Bersenjata Larikan Diri Dari Polis, Polis Kuching Lancarkan Ops Tutup

Jika anda terserempak dengan suspek seperti gambar di atas, anda disarankan untuk melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.

 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami