in

Survey Awam : Hanya 20% Setuju Dengan Projek LRT Di Kuching

Survey Awam : Hanya 20% Setuju Dengan Projek LRT Di Kuching

Survey Awam : Hanya 20% Setuju Dengan Projek LRT Di Kuching

Beberapa hari yang lepas, kami mengadakan survey awam dengan menggunakan laman twitter. Survey itu bertujuan untuk mendapatkan pendapat umum mengenai Projek LRT yang dicadangkan oleh Ketua Menteri Sarawak baru baru ini.

Seperti yang kita tahu, Projek LRT di Kuching kini hangat diperkatakan di samping terdapat pelbagai kritikan dan tidak kurang juga sokongan dari orang ramai.

Sebelum ini juga viral luahan hati rakyat marhaen di laman Facebook selepas berakhirnya Pilihanraya Umum Ke 14.

Pembinaan LRT di Kuching dikatakan boleh mengurangkan kesesakan jalan raya kerana populasi di Kuching dijangka akan meningkat.


Terdapat banyak pendapat menarik yang kami kumpul di Twitter, dengan kebanyakkan pendapat tersebut tidak menyokong pelaksanaan LRT dan mencadangkan agar lebih tumpuan diberi pada isu isu kritikal seperti kemudahan asas di Sarawak.

Ada juga mencadangkan agar sebelum pembinaan dijalankan, kajian menyeluruh dibuat dan dikongsi di internet

Ada juga yang cuba mempertahankan dengan nada yang kasar.

Projek LRT di Kuching sering kali dibandingkan dengan Projek di Chiang Mai, Thailand dan juga Canberra di Australia.

Menurut maklumat yang kami perolehi di laman sesawang transport canberra :

” After successful negotiations and strong collaboration with the contracted consortium, Canberra Metro, the construction cost of stage one, inclusive of additional project enhancements, is $707 million.

These enhancements include the Civic Plaza, Alinga Street terminal and a dynamic lighting system at light rail stops. ”

Difahamkan juga, light rail di Canberra menggunakan model ‘Public Private Partnership’. Menariknya, mereka mempunyai maklumat feasibility study yang lengkap di sini(tekan untuk baca)

Manakala di Chiang Mai pula, ini maklumat ringkat yang kami perolehi dari laman sesawang Global Mass Transit:

“Chiang Mai University has completed the feasibility study of the Chiang Mai LRT and has proposed two options. Option A has a route length of 35 km and costs an estimated THB107 billion. It includes a 12-km long Red Line, an 11-km long Green Line and a 12-km long Blue Line. Option B has a route length of 40.57 km and costs an estimated THB28.9 billion. It includes a 15.65-km long Red Line, an 11.11-km long Green Line, and a 13.81-km long Blue Line.”

Jika dibandingkan secara ringkas untuk kos pembinaan LRT dan Light Rail di Canberra dengan LRT di Kuching, ada yang menyatakan bahawa kos di Sarawak adalah lebih murah. Namun begitu, belum ada kajian lengkap yang diberikan kepada umum, setakat ini mengenai projek LRT Kuching yang juga dikenali sebagai Sarawak Metro

Leave a Reply

Loading…

Gabungan Parti Sarawak - Ini Komen Netizen Sarawak

Gabungan Parti Sarawak – Ini Komen Netizen Sarawak

Big Bad Wolf Akan Ke Kuching Buat Kali Pertama Bulan Julai Ini