fbpx
Our Local Story

Sultan Brunei Pandu Rendah Pesawat Rare Di Mulu, Hanya Ada 47 Unit Di Dunia

Kejadian yang jarang-jarang dilihat!

Sultan Brunei Pandu Rendah Pesawat Rare Di Mulu, Hanya Ada 47 Unit Di Dunia. Siapa yang pernah lihat Sultan Brunei menerbangkan sendiri pesawatnya? Apatah lagi pesawat tersebut adalah pesawat yang rare di dunia?

Kejadian yang dianggap luar biasa ini telah dirakam oleh seorang pengguna Facebook, Mohd Nur Rahim yang juga merupakan seorang juruterbang.

Boeing 747-8 hampir mendarat di Mulu

Melalui rakaman tersebut, sebuah pesawat jenis Boeing 747-8 dilihat berlegar rendah berdekatan Lapangan Terbang Mulu. Menurut Rahim, pesawat tersebut dikatakan dipandu sendiri oleh Sultan Brunei iaitu Sultan Hassanal Bolkiah. Kejadian tersebut berlaku pada 22 Julai 2020 iaitu pada Hari Sarawak kelmarin.

Posted by Mohd Nur Rahim on Wednesday, July 22, 2020

A RARE SIGHT INDEED! A Boeing 747-800 did a low flyby in Mulu airport flown by His Majesty The Sultan of Brunei 😻😻😻 It was freakin awesome!!!!!

Posted by Mohd Nur Rahim on Wednesday, July 22, 2020

Pesawat tersebut dilihat menghampiri landasan Lapangan Terbang Mulu seperti mahu mendarat. Malah, pesawat itu juga seolah-olah telah menurunkan gear pendaratan walaupun tidak menyentuh landasan.

Sultan Brunei Pandu Rendah Pesawat Rare Di Mulu, Hanya Ada 47 Unit Di Dunia
Sultan Brunei Pandu Rendah Pesawat Rare Di Mulu, Hanya Ada 47 Unit Di Dunia
Sumber : FB Mohd Nur Rahim

Lapangan Terbang Mulu hanya muat untuk Twin Otter

Untuk pengetahuan anda, Lapangan Terbang Mulu hanya mempunyai landasan sejauh 1,500 meter sahaja dan tidak mampu memuatkan pandaratan Boeing 747. Hanya pesawat kecil jenis Twin Otter dan ATR-72 kendalian MAS Wings sahaja yang mendarat di lapangan terbang berkenaan.

Sultan Brunei Pandu Rendah Pesawat Rare Di Mulu, Hanya Ada 47 Unit Di Dunia

Menurut portal penerbangan Brazil, AEROIN, kejadian ini dianggap rare kerana hanya terdapat 47 unit sahaja yang dikeluarkan di seluruh dunia. Keluaran terakhir pesawat jenis 747-8 adalah pada tahun 2017 dan dimiliki oleh Korean Air.

Bayangkan hanya ada 47 unit sahaja di seluruh dunia!

Sultan Brunei turut mempunyai pesawat Boeing 767-200 dan 787-8 Dreamliner

Sultan Brunei juga dikatakan turut mempunyai koleksi pesawat peribadi seperti Boeing 767-200 dan 787-8 Dreamliner.

Sultan Hassanal Bolkiah merupakan Sultan Brunei yang telah menaiki takhta sejak 5 Oktober 1967 sehingga kini. Bukan itu sahaja, baginda juga merupakan pemerintah monarki yang kedua paling lama memerintah selepas Permaisuri Elizabeth II di United Kingdom.

Sumber : www.hollywoodreporter.com

Bagi Mohd Nur Hakim pula, semestinya ia pengalaman sekali seumur hidup kerana berpeluang menonton pesawat peribadi milik Sultan Brunei hampir mendarat di Mulu. Mana ada pesawat penumpang besar seperti itu yang hampir mendarat di Mulu melainkan si rare 747-8!

Memang awesome! Apa komen anda?

Baca juga :

Sumber
FB Mohd Nur Rahim

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close