fbpx
Our Local Story

Subsidi RM300 Untuk Pelajar IPT Sarawak Di Luar Negeri Untuk Balik Semasa Musim Perayaan

6 Laluan Penerbangan Antarabangsa Dari Kuching Yang Diberhentikan
1.1K Shares

Subsidi RM300 Untuk Pelajar IPT Sarawak Di Luar Negeri Untuk Balik Semasa Musim Perayaan

Pada sesi town hall Lan Berambeh Anak Sarawak 2018 bersama YAB Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg, pelajar pelajar Sarawak telah memohon subsidi bagi tiket kapal terbang untuk balik ke Sarawak semasa musim perayaan.

Rentetan dari permohonan tersebut, YAB Ketua Menteri Sarawak telah meluluskan inisiatif bagi meringankan beban pelajar pelajar Sarawak untuk membeli tiket penerbangan balik bermula dari musim perayaan Tahun Baru Cina 2018.

Subsidi RM300 Untuk Pelajar IPT Sarawak Di Luar Negeri Untuk Balik Semasa Musim Perayaan

Perkara tersebut diumumkan melalui laman facebook Sarawak Volunteers sebentar tadi dan memaklumkan permohonan akan dibuka pada 1 Februari 2019.

Antara butiran pengumuman tersebut adalah seperti berikut :

  1. Setiap pelajar adalah layak untuk memohon subsidi ini hanya dua (2) kali sahaja setahun.
  2. Pemberian subsidi berkenaan khusus untuk golongan pelajar sahaja. Pemohon perlu mengemukakan bukti pembelian tiket penerbangan, ‘boarding pass’, dan surat pengesahan sebagai pelajar IPT.
  3. Butiran lanjut mengenai syarat-syarat dan cara permohonan subsidi ini boleh didapati dari laman Facebook Sarawak Volunteers pada hari Jumaat, 1 Februari 2019.

Jika anda terdiri dalam golongan yang memerlukan bantuan tersebut, jangan lupa untuk memohon kerana inisiatif ini disediakan khas untuk membantu anda.

Jangan lupa untuk kongsikan berita ini kepada rakan dan ahli keluarga anda yang kini belajar di IPT di luar Sarawak ya?

1.1K Shares
Related posts
Our Local Story

Keluarga Pelayar Ini Kongsikan Pengalaman Menarik Mereka Di Kuching

Our Local Story

3 Aplikasi Servis Penghantaran Makanan Yang Anda Boleh Cuba Di Kuching

Our Local Story

Sambutan Hari Malaysia Di Padang Merdeka Kuching Pada 16 September 2019

Our Local Story

Temuduga Pengambilan Bakal Pegawai & Lain Lain Pangkat Pasukan Simpanan TLDM Kuching Akan Dibuka Pada 24 Ogos 2019

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami

Copy link
Powered by Social Snap