Our Local Story

SK Sebauh Perlukan Dana RM4,350 Untuk Lawatan Ke Langkawi

SK Sebauh Perlukan Dana RM4,350 Untuk Lawatan Ke Langkawi

Sekolah Kebangsaan Sebauh, Bintulu, memerlukan dana sebanyak RM4,350 untuk menampung perbelanjaan lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi yang akan berlangsung dari 28 hingga 31 Oktober ini.

Menurut ahli jawatan kuasa (AJK) program Eyie Yusoff, dana tersebut diperlukan untuk menampung kos pakej lawatan bagi 29 orang murid pasca UPSR dari SK Sebauh ke Pulau Langkawi.

“Kami memerlukan dana untuk menaja pakej lawatan per kepala bagi murid sahaja. Setakat ini pihak kami telah berjaya mendapat hasil tajaan sebanyak RM8,700 manakala baki yang masih diperlukan adalah sebanyak RM4,350,” katanya kepada ilovekch.com.

Eyie yang merupakan guru matapelajaran Sains Tahun 6 di SK Sebauh berkata 29 orang murid tersebut dipilih dari keseluruhan 90 orang calon UPSR tahun 2017 kerana menunjukkan kecemerlangan dalam akademik, aktif dalam kokurikulum dan memiliki sahsiah dan akhlak yang terpuji.

Beliau berkata murid-murid tersebut akan menaiki penerbangan buat pertama kalinya.

SK Sebauh Perlukan Dana RM4,350 Untuk Lawatan Ke Langkawi

Murid-murid cemerlang Tahun 6 SK Sebauh mengulang kaji untuk UPSR. Kredit: Ayie Yusoff

 

 

Menurut Ayie juga AJK program tersebut telah mula berusaha sejak 2 bulan lalu untuk mencari tajaan untuk menjayakan lawatan tersebut.

Penerbangan pergi dan balik dari Bintulu-Kuala Lumpur-Langkawi ditaja oleh ahli parlimen Bintulu, Dato’ Seri Tiong King Sing.

Antara penaja lain untuk program ini ialah Dato’ Sri Dr Stephen Rundy, ADUN N69 Kemena merangkap Menteri Utiliti Sarawak, Ta Ann Group Oil Palm Plantation, DD Pelita Sebungan Plantation dan sumbangan peribadi dari ramai individu.

Eyie berkata perkara yang membanggakan ialah anak-anak muridnya juga bertungkus lumus menjual ais krim dan air di sekolah untuk mengumpul duit belanja sendiri.

SK Sebauh Perlukan Dana RM4,350 Untuk Lawatan Ke Langkawi

Murid-murid Tahun 6 SK Sebauh mengurus gerai minuman mereka untuk mengumpul dana untuk lawatan ke Langkawi. Seramai 29 orang murid terpilih akan menaiki kapal terbang buat pertama kali. Kredit: Eyie Yusoff

Lawatan sambil belajar tersebut diadakan untuk mendedahkan anak murid pasca UPSR kepada tempat-tempat bersejarah yang telah dipelajari oleh mereka di dalam bilik darjah selama ini.

“Program kami adalah untuk membawa anak-anak jati luar bandar Sarawak ini meneroka pembelajaran di luar bilik darjah sempena pasca UPSR 2017,” kata Eyie.

Antara tempat-tempat lawatan yang akan dikunjungi di Langkawi ialah Makam Mahsuri, Telaga Tujuh, Perigi Hang Tuah, Beras Terbakar, Galeri Perdana dan Langkawi Oriental Village serta pengurusan kilang pemprosesan gamat dan Tongkat Ali.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Ayie di talian 012-854 5012.

SK Sebauh Perlukan Dana RM4,350 Untuk Lawatan Ke Langkawi

Eyie bersama 4 orang muridnya yang terpilih untuk mengikuti lawatan ke Langkawi. Kredit: Ayie Yusoff

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami