Our Local Story

Serian Bakal Miliki Pusat Membeli Belah Yang Pertama

Serian Bakal Miliki Pusat Membeli Belah Yang Pertama

Serian Bakal Miliki Pusat Membeli Belah Yang Pertama

Seiring dengan pembangunan pesat di Kuching, Bandar Serian bakal miliki pusat membeli belah yang pertama. Menurut maklumat yang dimuat naik di Facebook oleh Freddy Chong , pusat membeli belah tersebut bakal dibangunkan di kawasan seluas hampir 15 ekar di Bandar Serian. Projek pembangunan komersial yang diberi nama sebagai Serian Piazza Commercial Development Project itu akan bermula pada sekitar bulan April 2017.Serian Bakal Miliki Pusat Membeli Belah Yang Pertama

Projek Serian Piazza ini terdiri daripada :

  • Piazza yang pertama di Serian
  • Pusat Membeli Belah yang pertama di Serian
  • Hotel dengan 64 buah bilik
  • Food Court yang pertama di Serian
  • Banquet Hall yang pertama di Serian

Serian Bakal Miliki Pusat Membeli Belah Yang Pertama

Projek ini dibangunkan oleh Tecktonic & Sons Holdings, sebuah syarikat pemaju yang juga bertanggungjawab dalam membina beberapa lagi projek projek lain. Antaranya adalah Aiman Mall di Kota Samarahan yang bakal menjadi pusat membeli belah yang kedua di Kota Samarahan.

Dengan kehadiran pusat membeli belah ini nanti, nampak gayanya tidak perlu lagi untuk warga Serian memandu jauh ke Bandaraya Kuching untuk membeli belah. Kehadiran Serian Piazza ini akan mengubah landksap penduduk di Bandar Serian dan menjana peluang pekerjaan untuk warga tempatan.

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami