fbpx
Our Local Story

Seorang Mangsa Rabies Meninggal Dunia, Menjadikan 24 Kematian Di Seluruh Sarawak

Mangsa dari Jalan Penrissen, Kuching

Seorang Mangsa Rabies Meninggal Dunia, Menjadikan 24 Kematian Di Seluruh Sarawak. Terkini dilaporkan seorang mangsa rabies telah meninggal dunia pada petang Selasa, menjadikan 24 kematian daripada 25 kes di seluruh Sarawak.

Mangsa ialah seorang lelaki berusia 51 tahun dari Jalan Penrissen.

Seorang Mangsa Rabies Meninggal Dunia, Menjadikan 24 Kematian Di Seluruh Sarawak

Disahkan dijangkiti virus Rabies pada 4 September 2020

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, beliau berkata mangsa disahkan dijangkiti virus berkenaan melalui ujian makmal yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) pada 4 September lalu.

Pada 26 Ogos, mangsa dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) akibat mengalami sakit belakang yang menyebabkan kesukaran untuk bergerak selama 3 hari sebelum dimasukkan ke wad.

Mangsa dikatakan muntah dan diserang sawan sebelum dimasukkan ke hospital.

Gambar sekadar hiasan.

Punca masih dikenalpasti

Menurut beliau lagi, ia belum disahkan bahawa mangsa mempunyai sebarang sejarah gigitan anjing atau haiwan lain berlaku padanya menurut siasatan awal.

Walau bagaimanapun, mangsa ada memelihara seekor anjing dan seekor kucing.

Difahamkan anjing peliharaannya itu belum mendapat vaksin anti rabies tetapi tidak dilepaskan dari kawasan rumah. Sehingga kini, status kedua-dua haiwan ini adalah baik dan tiada perubahan tingkah laku.

Kes ini menjadikan jumlah kes bagi 2020 adalah tiga dan ketiga-tiga kes telah meninggal dunia.

Lagi di sini:

Sumber
The Borneo Post

Artikel Berkaitan

Back to top button