fbpx
Our Local Story

Senarai Pendapatan Dan Aset Ahli Pentadbiran Malaysia Dari Sarawak,Ada Yang Cecah RM15 Juta!

Pendapatan tertinggi bulanan salah seorang daripada mereka adalah RM 58,762.89 sebulan

Selepas mengambil alih tampuk pemerintahan beberapa bulan yang lepas, Perdana Menteri Malaysia menyatakan bahawa Jemaah Menteri Malaysia diberi masa sebulan untuk mengisyitiharkan harta mereka.

Kini, melalui Portal Perisytiharan Harta SPRM anda telah mengakses data data tersebut yang memaparkan senarai pendapatan bulanan dan juga aset 56 orang menteri dan juga timbalan menteri Kerajaan Malaysia.

Senarai Pendapatan Dan Aset Ahli Pentadbiran Malaysia Dari Sarawak,Ada Yang Cecah RM15 Juta!
Senarai Pendapatan Dan Aset Ahli Pentadbiran Malaysia Dari Sarawak,Ada Yang Cecah RM15 Juta!

Dalam artikel ringkas ini, kami kongsikan secara ringkas senarai pendapatan aset ahli pentadbiran Malaysia yang berasal dari Sarawak, yang ada di antara mereka mempunyai aset yang mencecah RM15 juta.

Senarai yang kami kongsikan ini adalah mengikut pendapatan gaji bulanan

1. YB Tuan Ali Anak Biju
Jawatan : Timbalan Menteri Di Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli
Jumlah Pendapatan Bulanan : RM58,762.89
Jumlah Aset : RM5 juta – 8.5 juta

2. YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Yusof
Jawatan : Menteri Kanan di Kementerian Kerja Raya
Jumlah Pendapatan Bulanan : RM54,736.48
Jumlah Aset : RM1 juta – 2.5 juta

3. YB Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Haji Syukri
Jawatan : Menteri Di Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Budaya
Jumlah Pendapatan Bulanan : RM44,138.32
Jumlah Aset : RM1 juta – 2.5 juta

4. YB Dato’ Sri Dr. Hj. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Jawatan : Menteri Di Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi
Jumlah Pendapatan Bulanan : RM42,907.20
Jumlah Aset : RM2.5 juta – 5 juta

5. YB Datuk Aaron Ago Dagang
Jawatan : Timbalan Menteri II Di Kementerian Kesihatan
Jumlah Pendapatan Bulanan : RM40,000.00
Jumlah Aset : RM5 juta – 8.5 juta

6. YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib
Jawatan : Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Jumlah Pendapatan Bulanan : RM37,357.65
Jumlah aset : RM10 juta -15 juta

7. YB Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Jawatan : Timbalan Menteri Di Kementerian Pengangkutan
Jumlah Pendapatan Bulanan : RM36,262.89
Jumlah Aset : RM2.5 juta – 5 juta

8. YB Tuan Willie Anak Mongin
Jawatan : Timbalan Menteri I Di Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi
Jumlah Pendapatan Bulanan : RM33,450.00
Jumlah Aset : RM2.5 juta – 5 juta

9. YB Dato’ Henry Sum Agong
Jawatan : Timbalan Meteri II Di Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Jumlah Pendapatan Bulanan : RM25,700.00
Jumlah Aset : < RM 1 juta

Portal ini kini boleh diakses oleh orang awam melalui pautan berikut : Portal Perisytiharan Harta SPRM

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close