Our Local Story

Sekatan Susu Import Tidak Termasuk Susu UHT, Yogurt Dan Susu Kurma Jenama FarmFresh

Sekatan Susu Import Tidak Termasuk Susu UHT, Yogurt Dan Susu Kurma Jenama FarmFresh

Sekatan susu segar import ke Sarawak oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) tidak melibatkan susu UHT (Ultra High Temperature), yogurt dan produk susu kurma jenama FarmFresh.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas menjelaskan notis penggantungan tersebut hanya melibatkan susu segar dan susu segar rendah lemak, menurut laporan Utusan Borneo.

“Pengumuman penggantungan pengimportan susu segar dikeluarkan JPVS tidak melibatkan susu UHT dan yogurt, produk yang diproses,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan wakil syarikat pengimport utama produk FarmFresh di Sarawak, Delizeuro Trading di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya, semalam.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah berkata, sekatan import susu segar ke Sarawak merupakan langkah berjaga-jaga untuk memastikan Sarawak terus bebas daripada penyakit kuku dan mulut (HMD).

“Buat masa sekarang, Sarawak bebas dari HMD. Penangguhan import merupakan langkah berjaga-jaga.”

Di Sarawak, terdapat lebih 10 syarikat yang mengimport susu segar.

Penggantungan itu dikenakan kepada 4 syarikat yang mengimport susu segar dari Semenanjung Malaysia.

Uggah berkata JPVS akan memaklumkan kepada umum sebaik penggantungan itu ditarik balik.

Sementara itu, Utusan Borneo juga melaporkan susu segar dan susu segar rendah lemak jenama FarmFresh ditangguh sementara pengimportannya ke Sarawak dan tidak akan dipasarkan sehingga mendapat kelulusan daripada JPVS.

Sekatan Susu Import Tidak Termasuk Susu UHT, Yogurt Dan Susu Kurma Jenama FarmFresh

“Kami telah mengemukakan dokumen bersama dokumen sokongan kepada JPVS sebagai mematuhi peraturan mengimport susu segar ke Sarawak,” kata Alex Kho dari Delizeuro Trading.

“Kami dimaklumkan buat masa ini pengimportan susu segar dan susu segar rendah lemak ditangguh sementara sehingga notis selanjutnya (daripada JPVS),” jelasnya.

“Bagi jenama FarmFresh, hanya susu segar dan susu segar rendah lemak digantung pengimportannya, produk-produk lain seperti susu UHT, susu kurma dan yogurt tidak terkesan,” katanya.

Sekatan Susu Import Tidak Termasuk Susu UHT, Yogurt Dan Susu Kurma Jenama FarmFresh

Pada 4 Februari lalu, JPVS mengeluarkan notis mengenai penggantungan pengimportan susu segar ke Sarawak.

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami