Our Local Story

Sejarah Pengangkutan Keretapi Di Sarawak Yang Perlu Kita Ketahui

Sejarah Pengangkutan Keretapi Di Sarawak

Sejarah Pengangkutan Keretapi Di Sarawak Yang Perlu Kita Ketahui

Mesti ramai yang tertanya-tanya pada tahun berapakah Sarawak khususnya Kuching mempunyai pengangkutan keretapi? Sesungguhnya Kuching suatu waktu dahulu mempunyai satu jalinan pengangkutan keretapi yang menghubungkan Bandar Kuching sehingga ke Batu 10.

Sejarah Pengangkutan Keretapi Di Sarawak Yang Perlu Kita Ketahui

Pada tahun 1915, pengangkutan keretapi telah diperkenalkan oleh Rajah Charles Brooke, Rajah Kedua Negara Sarawak yang memerintah dari tahun 1868 hingga 1917. Di era zaman Rajah Charles Brooke inilah banyak kemajuan yang didapati di Sarawak seperti pencarigalian minyak di Miri, lombong emas yang lebih sistematik serta penghasilan komoditi getah dan lada hitam berada di kemuncaknya. Dengan kekayaan tersebut membolehkan beliau untuk mula memajukan Kuching sebagai sebuah ibu negeri Negara Sarawak dengan pelbagai pembangunan seperti pengangkutan keretapi.

Sejarah Pengangkutan Keretapi Di Sarawak Yang Perlu Kita Ketahui

Pada bulan Ogos 1915 secara rasmi sebuah lokomotif dengan 7 gerabak telah memulakan perjalanan dengan rel keretapi yang dibina membentang dari Market Street (bertentangan Brooke Dockyard) telah menarik perhatian penduduk tempatan Kuching. Laluan keretapi ini telah mencatat rekod dunia sebagai laluan keretapi terpendek di dunia pada masa itu yang dibina oleh sebuah negara. Laluan keretapi Sarawak ini bermula dari Market Street dan berakhir di Batu 10. Dalam setiap perjalanannya ianya akan berhenti di setiap 2 km iaitu di Stesen Jalan Green, Stesen Batu 3, Stesen Batu 5, Stesen Batu 7 dan seterusnya ke stesen yang terakhir di Batu 10. Dianggarkan jangkamasa yang diperlukan untuk memenuhi satu arah perjalanan adalah kira-kira 35 minit dari Bandar Kuching ke Batu 10. Rajah Charles Brooke yang mempunyai pengalaman yang luas di dalam pentadbiran telah memberikan kuasa mengurus selia landasan keretapi dan operasinya kepada Lembaga Keretapi Sarawak. Ini dilakukan agar landasan keretapi Sarawak mempunyai sistem operasi yang teratur seperti negara-negara Eropah yang lain yang sudah tentu telah terdahulu menggunakan pengangkutan keretapi. Setelah beberapa ketika, Rajah Charles telah membeli 2 lagi lokomotif agar ianya dapat menampung keperluan pada masa itu. Ketiga-tiga lokomotif ini dinamakan Bulan, Bintang dan Jean agar memudahkan pihak pekerja Landasan Keretapi Sarawak membuat urusan penamaan apabila hendak membuat penyelenggaraan.

Walau bagaimanapun, semasa pemerintahan Rajah Charles Vyner Brooke pengangkutan keretapi ini telah beberapi kali dihentikan dek kerana kengkangan kewangan lebih-lebih lagi sebelum pendudukan Jepun pada Perang Dunia Ke-2. Dikatakan bahawa lokomotif-lokomotif ini hanya disimpan di stor terminal keretapi. (Bersebelahan dengan Lilian Teater, Kuching) buat sementara waktu. Namun setelah pendudukan Jepun di Sarawak, pihak tentera Jepun telah menghidupkan semula pengangkutan keretapi ini tetapi lebih kepada untuk membawa tawanan perang untuk bekerja dari Penjara Kuching ke kawasan di Batu 7. Ini hanya berlaku seketika kerana pihak tentera Jepun juga tidak mempunyai dana yang cukup untuk menyelia pengangkutan keretapi pada masa itu. Dan seterusnya tiada lagi kesan atau cerita daripada lokomotif ini semasa pendudukan Jepun kerana ianya terus hilang begitu sahaja. Ada khabar angin yang mengatakan bahawa lokomotif Bintang, Bulan dan Jean ini telah dihantar ke negara matahari terbit untuk kegunaan rakyat Jepun di sana. Di dalam versi lain pula ada mengatakan bahawa ketiga-tiga lokomotif ini telah dijadikan “scrap” dan dihantar ke Singapura semasa Negara Sarawak menjadi tanah jajahan Koloni British. Namun begitu tiada rujukan mengenai kesahihan cerita ini sehinggalah sekarang.

Inilah sekelumit sejarah pengangkutan keretapi di Sarawak yang merupakan keretapi yang pertama dan terakhir dimiliki oleh Negara Sarawak pada waktu itu. Untuk mengimbau sejarah ini sekarang hanyalah sekerat rel keretapi buat tatapan generasi mendatang di Jalan Keretapi, Batu 3 Kuching malah nama jalannya pun sudah bertukar kepada Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce.

 

Sumber

Lebih cerita tempatan di : Our Local Story 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami