Our Local Story

Sejarah Kuching, Sungai Kuching Atau Cochin?

Sejarah Kuching, Sungai Kuching Atau Cochin?

Sejarah Kuching, Sungai Kuching Atau Cochin?

Ada pendapat yang menyatakan bahawa Kuching mendapat nama sempena sebatang sungai kecil, Sungai Kuching yang mengalir di antara Muzium Cina dan Kuil Tua Pek Kong. Sungai Kuching pula barangkali memperoleh nama daripada Kucing Hutan yang kerap mengunjunginya. Sungai tersebut juga berhampiran dengan sebuah bukit yang banyak ditumbuhi oleh pokok Buah Mata Kucing. Lantaran tersebut ianya diberi nama Bukit Mata Kucing.

Sejarah Kuching, Sungai Kuching Atau Cochin?

Bagaimanapun, fakta sejarah menunjukkan bahawa Kuching telah dikenali dengan nama tersebut semenjak kedatangan pengembara Inggeris, James Brooke pada tahun 1839. Selain itu, pendapat lain menyatakan pada zaman pemerintahan Brooke, Kuching memainkan peranan penting dalam aktiviti perdagangan Indo-China serta Asia Pasifik. Kedudukannya di selatan kepulauan Borneo merupakan lokasi yang strategik untuk dijadikan pelabuhan persinggahan pedagang-pedagang Indo-China.

Justeru, terdapat teori yang menyatakan Brooke mengambil nama Kuching dari perkataan ‘Cochin’ yang bermaksud pelabuhan pada zaman itu. Sebelum meneruskan pelayaran, pedagang-pedagang dari India mahupun China sering singgah sebentar Kuching (Borneo) untuk mendapatkan bekalan dan ada yang mengambil kesempatan untuk memperbaiki kapal-kapal mereka.

James Brooke

Sejarah Kuching, Sungai Kuching Atau Cochin?

James Brooke tiba di tebingan sungai sarawak semasa berlakunya pemberontakan oleh masyarakat tempatan. Atas jasa beliau dalam menghentikan pemberontakan tersebut, beliau telah dianugerahkan wilayah Sarawak. Pada tahun 1841, beliau telah menjadi Rajah pertama dalam sejarah pemerintahan Sarawak dan dikenali sebagai Rajah Putih (White Rajah). Keluarga Brooke telah memerintah Sarawak selama tiga generasi, dan menjadikan Kuching sebagai pusat pentadbirannya. Sebagai sebuah pusat pentadbiran, Kuching telah dijadikan fokus dalam pembangunan. James Brooke telah mendirikan kediamannya di tebingan Sungai Sarawak yang dikenali sebagai Astana. Kini, Astana telah dijadikan kediaman rasmi Tuan Yang Terutama DiPertua Negeri Sarawak. Selain itu, James Brooke juga telah mewujudkan undang-undang dan peraturan di Borneo bagi mentadbir Sarawak dan menangani masalah yang wujud pada ketika itu. Di bawah pemerintahan Brooke, kegiatan lanun dan ngayau (memotong kepala) dapat dikurangkan. Bagaimanapun, pada masa itu, Kuching masih lagi mundur.

Charles Brooke

Sejarah Kuching, Sungai Kuching Atau Cochin?

Sehingga tahun 1868, apabila Charles Brooke iaitu anak kepada James Brooke menjadi Rajah kedua, barulah usaha untuk membaiki keadaan bandar ini dibuat dengan bersungguh-sungguh. Antara usaha yang dilakukan adalah memperbaiki segala kemudahan dan jalan raya, membina bangunan-bangunan baru, dan mengganti rumah-rumah kedai yang lama dengan rumah-rumah kedai yang diperbuat daripada batu-bata. selepas berlakunya kebakaran yang besar pada tahun 1884, sebahagian besar kawasan kuching (dari Main Bazaar hingga ke lebuh Carpenter) telah dibina semula.
Pada akhir pemerintahan Charles Brooke, Kuching telah membangun menjadi sebuah bandar yang penuh dengan tarikan bangunan-bangunan kerajaan serta perkhidmatan komunikasinya. Perkidmatan beca dan keretapi merupakan pengangkutan yang penting pada masa itu. Malah, beberapa temapt untuk hiburan dan bersukan telah dibina di Kuching seperti padang lumba kuda, rumah-rumah kelad beserta bar, meja-meja biliard, dan lorong-lorong bowling.

Charles Vyner Brooke

Sejarah Kuching, Sungai Kuching Atau Cochin?

Kuching terus bertambah maju di bawah pemerintahan Charles Vyner Brooke (1917-1947) yang merupakan Rajah yang ketiga yang mengantikan ayahnya, Charles Brooke. Pada tahun 1941, Kuching telah dijadikan sebagai tempat untuk menyambut perayaan 100 tahun pemerintahan kerajaan Brooke di Sarawak. Pelbagai upacara rasmi telah diadakan, dan pameran pertanian juga diadakan di persekitaran muzium. Beberapa bulan kemudian, pentadbiran keluarga Brooke berakhir apabila Jepun menduduki serta menjajah sarawak.
Selepas perang, Kuching telah dihidupkan semula sebagai ibu negeri Sarawak di bawah pemerintahan kerajaan British. Apabila Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, Kuching masih dikekalkan sebagai ibu negeri sarawak. Pembangunan pesat yang berlaku selepas perang, dipertingkatkan lagi hingga hari ini.

 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami