Our Local Story

Sejarah Kuching dan Progress Semenjak Dinaiktaraf Sebagai Bandaraya

Sejarah Kuching dan Progress Semenjak Dinaiktaraf Sebagai Bandaraya

Kuching ialah ibu kota Sarawak yang ketiga diasaskan oleh wakil Brunei,Pangeran Indera Mahkota pada tahun 1827.Sebelum penubuhan Kuching,kedua-dua ibu kota Sarawak ialah Santubong,diasaskan oleh Sultan Pangeran Tengah pada tahun 1599 dah Lidah Tanah,diasaskan oleh Datu Patinggi Ali pada awal 1820.

Sejarah Kuching dan Progress Semenjak Dinaiktaraf Sebagai Bandaraya

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang lama

Pentadbiran Kuching dibahagikan kepada dua kumpulan serta mempunyai dua orang datuk bandar. Bahagian utara Kuching diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara, manakala bahagian selatan ditadbirkan oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan. Terdapat mereka yang mempercayai bahawa pembahagian kuasa kepada daerah utara (terdiri terutamanya daripada penduduk Melayu dan bumiputera) dan selatan (terutamanya penduduk Cina) adalah disebabkan oleh alasan etnik pada 1980-an. Terdapat juga mereka yang mempercayai bahawa pentadbiran dibahagikan atas alasan geografi kerana daerah utara dan selatan dikaitkan hanya dengan dua buah jambatan yang merentangi Sungai Sarawak.

Sejarah Kuching dan Progress Semenjak Dinaiktaraf Sebagai Bandaraya

Dewan Bandaraya Kuching Utara

 

Sejarah Kuching dan Progress Semenjak Dinaiktaraf Sebagai Bandaraya

Majlis Bandaraya Kuching Selatan

Kuching dijadikan bandaraya secara rasmi pada 1 Ogos 1988 dan tahun ini adalah sambutan Hari Bandaraya Kuching yang ke 29.

29 tahun sebagai bandaraya, Kuching kini mempunyai pelbagai jenis pusat membeli belah, infrastruktur internet laju seperti Unifi dan Time dan juga turut mempunyai servis Grab dan Uber.

Antara pusat membeli belah yang terkenal di Kuching adalah :

  1. The Spring
  2. Vivacity Megamall
  3. CityONE Megamall
  4. Boulevard Shopping Complex

Selain itu, terdapat pelbagai lagi pusat membeli belah yang akan dibuka tidak lama lagi. Kami pernah menulis artikel tersebut di sini :

4 Lagi Pusat Membeli Belah Bakal Dibuka Di Kuching

Bandaraya Kuching juga mempunyai 3 cawangan hypermall GIANT di

  1. Tabuan Jaya
  2. Batu 10 Kuching
  3. Petrajaya

Tidak lama lagi, Kuching bakal memiliki taman tema air yang pertama iaitu Sentoria Borneo Resort

Sejarah Kuching dan Progress Semenjak Dinaiktaraf Sebagai Bandaraya

Bagi anda yang ingin lepak di restoran dan cafe rooftop di Kuching pula, anda boleh semak artikel lama kami di sini :

3 Port Cafe Dan Restoran Rooftop Yang Steady Di Kuching

Sejarah Kuching dan Progress Semenjak Dinaiktaraf Sebagai Bandaraya

Pada tahun 2015 pula, Kuching diumumkan sebagai Bandaraya Perpaduan yang pertama di dunia.

Tonton video di bawah :

Selepas 29 tahun sebagai sebuah Bandaraya, Kuching kini semakin pesat membangun ditambah lagi dengan pelbagai inisiatif pihak swasta dan kerajaan dalam memangkin ekonomi digital.

Seperti yang kami pernah tulis sebelum ini :

Kuching Kini Jadi Pilihan Golongan Digital Nomad Dari Luar Negara

Sejarah Kuching dan Progress Semenjak Dinaiktaraf Sebagai Bandaraya

Bagi anda yang ingin menyambut Hari Bandaraya Ke 29, anda dijemput hadir ke Stadium Perpaduan, bermula pada pukul 9 pagi.

Sejarah Kuching dan Progress Semenjak Dinaiktaraf Sebagai Bandaraya

 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami