in

Scholar Search 2018 Tawar Biasiswa RM5 Juta Untuk Pelajar Sarawak

Scholar Search 2018 Tawar Biasiswa RM5 Juta Untuk Pelajar Sarawak
Kredit: Uni Enrol

Scholar Search 2018 Tawar Biasiswa RM5 Juta Untuk Pelajar Sarawak

Uni Enrol akan mengadakan program Scholar Search 2018 di Kuching dan kali ini menawarkan biasiswa bernilai lebih RM5 juta untuk pelajar-pelajar SPM/STPM/Diploma di Sarawak.

Dalam program ini pihak Uni Enrol akan mengadakan sesi kaunseling percuma untuk membimbing para pelajar dalam mengenal pasti hala tuju pendidikan dan memilih kursus yang sesuai dengan minat dan kemahiran masing-masing.

Butiran program Scholar Search 2018 adalah seperti berikut:

Tempat: 11Ridgeway, Jalan Ong Tiang Swee, Kuching
Tarikh: 22-23 Jun 2018
Masa: 10:00 pagi – 8:00 malam

Jika berminat, sila daftar di sini: https://scholarsearch./>unienrol.com/2018/kuching

Untuk mencari lokasi 11Ridgeway, sila klik pautan ke Facebook page mereka: 11Ridgeway

Sekiranya anda belum memilih untuk memasuki mana-mana kolej atau universiti, sila buat temu janji anda hari ini bersama Uni Enrol. Mereka akan membantu anda memahami pilihan pendidikan yang ada serta mencari bantuan kewangan yang terbaik untuk anda.

Untuk makluman. Uni Enrol ialah satu platform yang membantu menemukan pelajar dengan kursus yang paling sesuai dan biasiswa yang terbaik.

Antara lokasi yang telah dijejaki mereka untuk Scholar Search 2018 ialah Johor Bahru, Pulau Pinang, Kelantan, Selangor, Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Sandakan. Ada di antara pelajar berjaya menerima bantuan biasiswa sebanyak 10% kos dan ada yang menerima biasiswa penuh untuk kursus Asasi/Diploma.

Uni Enrol juga membantu pelajar mendapat bantuan untuk kos sara hidup, elaun makanan, tempat tinggal dan kesihatan.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Uni Enrol.

Terima Kasih Anthony Bourdain Kerana Mempromosikan Sarawak. Damailah Dikau Di Sana

Terima Kasih Anthony Bourdain Kerana Mempromosikan Sarawak. Damailah Dikau Di Sana

BN Sarawak Tinggalkan BN, Tubuhkan Gabungan Parti Sarawak

BN Sarawak Tinggalkan BN, Tubuhkan Gabungan Parti Sarawak