Our Local Story

Sarawak Peroleh Semula Hak Teroka Minyak Dan Gas

Sarawak kini memperoleh semula hak untuk meneroka sumber semulajadi minyak dan gasnya setelah mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengumuman yang dinanti-nantikan itu dibuat oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada malam ini.

“Malam ini saya ingin mengumumkan kepada rakyat Sarawak seperti yang telah saya janjikan di Sibu baru-baru ini bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bersetuju untuk mengembalikan hak dan kuasa yang telah secara tidak sengaja terhakis selama bertahun-tahun,” katanya ketika merasmikan pelancaran Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) di Hotel Pullman, Kuching.

Jabatan Penerangan Negeri Sarawak

“Penubuhan PETROS dan perlaksanaan hak perlembagaan di bawah bahagian 2(c) Senarai Negeri dan 8(j) Senarai Persekutuan ialah hasil perbincangan penurunan kuasa antara Sarawak dan kerajaan Persekutuan.”

Katanya, mulai Julai ini, kerajaan negeri akan menjadi badan kawal selia bagi aspek huluan dan hiliran kepada industri minyak dan gas di Sarawak.

“Semua individu dan syarikat terlibat dalam industri minyak dan gas di Sarawak perlu mempunyai lesen, permit, pajakan dan kebenaran mengikut Ordinan Perlombongan Minyak atau Ordinan Pengagihan Gas negeri,” jelasnya.

Beliau berkata penguatkuasaan undang-undang negeri tidak akan menjejaskan kepentingan atau pelaburan Petronas dan syarikat lain yang telah terlibat dalam industri minyak dan gas di Sarawak,  cuma aktiviti perniagaan dan operasi mesti selari dengan peraturan serta undang-undang berkenaan.

Facebook: Presley Siros

Pada majlis sama Abang Johari mengumumkan Sauu Kakok sebagai Ketua Pegawai Ekskutif (CEO) PETROS.

Pengalaman luas selama 40 tahun dalam industri minyak dan gas adalah antara kriteria utama pelantikan Sauu, 64 tahun.

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami