fbpx
More

    Sarawak Pay Tawar Ganjaran Berganda, ‘Hadiah Istimewa’ Sempena Hari Sarawak

    Sarawak Pay Day kembali lagi!

    Sarawak Pay Tawar Ganjaran Berganda, ‘Hadiah Istimewa’ Sempena Hari Sarawak. Aplikasi Dompet Digital milik Kerajaan Sarawak hari ini melancarkan promosi ‘Double Rewards’ sempena Hari Sarawak.

    Sarawak Pay Tawar Ganjaran Berganda, 'Hadiah Istimewa' Sempena Hari Sarawak
    Sarawak Pay Tawar Ganjaran Berganda, ‘Hadiah Istimewa’ Sempena Hari Sarawak

    Promosi yang bermula pada pukul 7.22 pagi tadi, menawarkan ganjaran berganda dengan memberi ganjaran istimewa bagi mereka yang menambah baki wang di dalam Sarawak Pay dan juga ganjaran tunai lebih tinggi untuk bulan ini.

    Untuk promosi ganjaran istimewa bagi anda yang menambah baki akaun, promosi ini berlansung hanya pada 22 Julai 2020 bermula dari pukul 7.20 pagi dan akan berakhir pada pukul 11.59 malam pada hari yang sama atau sehingga dana yang diperuntukkan telah habis(whichever earlier). Setiap pengguna boleh menambah baki berkali kali sehingga mencecah had iaitu sebanyak RM50 untuk seorang pengguna.

    Ganjaran istimewa tersebut walau bagaimanapun akan dijana secara rawak oleh sistem Sarawak Pay. Pengguna boleh menambah baki akaun Sarawak Pay mereka menerusi kad kredit/debit/, perbankan internet ataupun menerusi agen BSN berdekatan dengan anda.

    Bagi tawaran ganjaran tunai lebih tinggi pula, promosi tersebut akan diadakan bermula pada 7.20 pagi, 22 Julai 2020 sehingga 11.59 malam pada 31 Julai 2020. atau sehingga dana yang diperuntukkan telah habis.

    Pengguna boleh menggunakan aplikasi Sarawak Pay ketika melakukan pembayaran di merchant yang terlibat bagi mendapatkan ganjaran tunai yang lebih tinggi ini.

    Ganjaran tunai lebih tinggi ini akan dijana secara rawak oleh sistem Sarawak Pay dan tiada rayuan akan dilayan oleh pengendali aplikasi ini.

    Bagi anda yang memiliki akaun Sarawak Pay, anda boleh cuba menambah baki akaun anda hari ini, kerana promosi ganjaran istimewa ini hanya boleh didapati hanya untuk hari ini sahaja.

    Anda juga boleh semak terma dan syarat Double Rewards ini dipautan : Sarawak Pay Day – Double Rewards!

    Baca juga artikel lain :

    Artikel Berkaitan