fbpx
Our Local Story

Sarawak Pay Hadapi Kesukaran Untuk Diakses Selepas Tawar Ganjaran Berganda

Kebanyakan pengguna menghadapi masalah untuk mengakses akaun Sarawak Pay mereka

Sarawak Pay Hadapi Kesukaran Untuk Diakses Selepas Tawar Ganjaran Berganda. Aplikasi Dompet Digital milik Kerajaan Sarawak kini menghadapi masalah untuk diakses selepas pagi tadi menawarkan ganjaran berganda sempena Hari Sarawak.

Bagi pengguna yang cuba untuk menambah nilai baki akaun mereka, ada antaranya yang gagal untuk mengakses terus aplikasi tersebut atau menghadapi masalah selepas cuba menambah nilai di dalam aplikasi tersebut.

Ada juga yang telah menambah baki akaun Sarawak Pay mereka dan baki tersebut belum lagi dikemaskini di papan pemuka baki mereka di dalam aplikasi tersebut.

Sarawak Pay Hadapi Kesukaran Untuk Diakses Selepas Tawar Ganjaran Berganda
Sarawak Pay Hadapi Kesukaran Untuk Diakses Selepas Tawar Ganjaran Berganda

Masalah tersebut juga turut menjejaskan mereka yang ingin menggunakan aplikasi tersebut untuk melakukan pembelian sempena tawaran higher cashback yang ditawarkan sehingga hujung bulan Julai ini.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman facebook Sarawak Pay, mereka kini menghadapi jumlah transaksi yang tinggi lantas menyebabkan masalah tersebut.

Pihak Sarawak Pay juga sedang berusaha untuk mengatasi masalah tersebut dan mengembalikan aplikasi tersebut untuk berfungsi dengan lancar.

Sarawak Pay Hadapi Kesukaran Untuk Diakses Selepas Tawar Ganjaran Berganda

Bagi anda yang ingin menambah nilai akaun Sarawak Pay anda, anda boleh mencuba berkali kali atau mungkin anda boleh cuba lagi selepas pada petang atau malam nanti.

Bagi yang telah dapat ganjaran tersebut pula, tahniah diucapkan. Anda boleh tambah nilai berkali kali sehingga mendapat ganjaran maksima sebanyak RM50 secara kumulatif.

Kalau anda tidak sanggup untuk terus mencuba pula jangan risau, anda boleh berbelanja menggunakan aplikasi ini di merchant yang terpilih dan anda akan mendapat ganjaran tunai lebih tinggi sehingga pukul 11.59 malam, 31 Julai 2020 nanti.

Baca juga artikel berkaitan :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close