Our Local Story

Sarawak Lancarkan Prototaip Bas Elektrik Pertama

Sarawak Lancarkan Prototaip Bas Elektrik Pertama

Sarawak Lancarkan Prototaip Bas Elektrik Pertama

Henz Pacific Sdn Bhd dan syarikat dari China, Zhejiang CRRC Electric Vehicle Co.Ltd semalam melancarkan prototaip bas elektrik pertama mereka yang diberi nama Bas Elektrik Bandar Raya CRRC.

Prototaip tersebut dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, 
Tan Sri Datuk Amar James Masing mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Sarawak Lancarkan Prototaip Bas Elektrik Pertama
Gambar dari Utusan Borneo – Muhammad Rais Sanusi

Difahamkan juga bahawa sebelum ini kerajaan pusat menawarkan bas diesel kepada kerajaan negeri Sarawak namun perkara tersebut ditolak oleh Ketua Menteri Sarawak kerana impak bas diesel terhadap persekitaran, menurut laporan dari Borneo Post 

Sedikit maklumat mengenai Bas Elektrik Bandar Raya CRRC : 

  1. Bas Elektrik CRRC bakal menggunakan laluan sejauh 14 kilometer sekitar bandar raya Kuching sebagai perintis dengan melibatkan laluan antara bangunan komersial Satok, laluan Jejak Warisan (Heritage Trail) dan bangunan komersial iCom Square di Jalan Pending.
  2. Berkapasiti 53 orang dan boleh beroperasi sejauh 300km setiap kali dicaj penuh
  3. Percuma untuk orang tempatan dan pelancong apabila percubaan bas tersebut dilancarkan awal tahun depan.
  4. Dilengkapi Wifi, GPS, CCTV dan juga mesra OKU.
  5. Bas akan memulakan perjalanannya di Main Bazaar mulai pukul 7 pagi dan akan berakhir pada pukul 6 petang di Jalan Khoo Hun Yeang (Open Air Market).

Menurut Tan Sri Datuk Amar James Masing, setiap bas eletrik ini dijangka akan berharga di antara RM1.2 ke RM1.4 juta sebuah dan menjangkakan jumlah bas tersebut akan bertambah secara berperingkat kepada 100 buah dan juga membesarkan liputan bas tersebut ke bandar bandar lain di Sarawak.

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami