fbpx
Our Local Story

Sarawak Lancarkan Loji Dan Stesen Hidrogen Pertama Di Asia Tenggara

Sarawak Lancarkan Loji Dan Stesen Hidrogen Pertama Di Asia Tenggara
1.8K Shares

Sarawak Lancarkan Loji Dan Stesen Hidrogen Pertama Di Asia Tenggara

Sarawak hari ini melancarkan loji dan stesen hidrogen pertama di Asia Tenggara. Majlis tersebut disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak,Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di tapak loji dan stesen tersebut yang terletak di pekarangan Pejabat Wilayah Barat Sarawak Energy Berhad (SEB) di Bintawa.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Utusan Borneo sebentar tadi, Sarawak turut memperkenalkan bas hidrogen yang akan digunakan sebagai projek perintis bagi demostrasi keupayaan teknologi bahan api hidrogen sebagai kenderaan pengangkutan awam di negeri ini.

Dipetik dari laporan Utusan Borneo :

“Loji dan stesen hidrogen ini merupakan sebahagian daripada hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) kita dan saya mengucapkan tahniah kepada SEB serta rakan agensi kerana berjaya membangunkan loji dan stesen ini. 

“Seluruh dunia kini beralih kepada tenaga hijau dan kita di Sarawak ada agenda tenaga hijau dimana kita menerokai lambakan sumber air kita untuk mengeluarkan tenaga yang bersih, murah dan mesra kepada alam sekitar,” – Menurut Ketua Menteri Sarawak.

Dalam pada itu, fasiliti ini meliputi sebuah loji yang dibina oleh SEB untuk mengeluarkan hidrogen menerusi proses elektrolisis dan sebuah stesen pengisian bahan api untuk bus hidrogen pertama Sarawak di bawah pengurusan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).

Pembinaan dan pengoperasian loji dan stesen ini dijalankan oleh SEB dengan kerjasama Linde EOX Sdn Bhd iaitu anak syarikat Linde Malaysia.

Loji ini mampu mengeluarkan 130 kilogram (kg) hidrogen sehari pada tahap kebersihan 99.999 peratus dan berupaya menyokong dan memenuhi pengisian sehingga lima buah bas dan 10 kereta sehari.

Penggunaan bahan api hidrogen bagi pengangkutan adalah sifar pelepasan karbon dan hanya melepaskan air serta haba.

Sumber : Utusan Borneo

1.8K Shares
Related posts
Our Local Story

Catat 38 Kes, Status Wabak Denggi Di Jalan Ajibah Abol Kini Tidak Terkawal

Our Local Story

Sukakan Doraemon?The First Doraemon Event In Kuching Menanti Anda

Our Local Story

Diskaun Sehingga 50% Saman Trafik Di Kubah Ria, 29 Mei 2019 ini

Our Local Story

Gara Gara Undian Di Instagram, Remaja Terjun Bunuh Diri Di MJC Kuching.

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami