Our Local Story

Sarawak FA Gagal Mendapatkan Lesen Kelab , Mungkin Tiada Lagi Sarawak FA Di Liga Super

Sarawak FA Gagal Mendapatkan Lesen Kelab , Mungkin Tiada Lagi Sarawak FA Di Liga Super

Sarawak FA Gagal Mendapatkan Lesen Kelab , Mungkin Tiada Lagi Sarawak FA Di Liga Super

Kecoh sejak beberapa hari yang lepas mengenai kegagalan beberapa pasukan untuk mendapatkan lesen kelab daripada Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia ( FMLLP )

Kegagalan itu disebabkan beberapa masalah yang tertunggak dari zaman dahulu kala, terutamanya oleh pengurusan yang lepas. Perkara tersebut diterangkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak, iaitu Datuk Posa Majais menurut laporan Utusan Borneo

Sarawak FA Gagal Mendapatkan Lesen Kelab , Mungkin Tiada Lagi Sarawak FA Di Liga Super

Gambar : Official Sarawak FA

 

Terdapat beberapa isu yang menyebabkan Sarawak FA gagal untuk mendapatkan lesen dari FMLLP.

1. Kegagalan Pengurusan Lama FAS untuk mengemukakan laporan audit dari 2012-2016

Salah satu kriteria untuk mendapatkan lesen kelab adalah untuk mengemukakan laporan audit. Pengurusan Sarawak FA untuk tahun 2017 adalah pengurusan baru selepas rombakan yang dilakukan pada penghujung tahun 2016.

Berdasarkan Club Licensing Regulations yang dikeluarkan oleh FAM :

” If the minimum requirements of criterion F.01 for content and
accounting are not met in the audited annual financial
statements, additional information must be prepared and
submitted by the license applicant.
The content and presentation of the supplementary
information, if required at all, will vary between licenses
applicants depending on the amount of information already
disclosed in the separate audited annual financial
statements “

Kegagalan pengurusan untuk mengemukakan laporan audit akan menyebabkan permohonan lesen kelab ditolak.

2. Berhutang Dengan LHDN, KWSP dan Perkeso

Menurut Datuk Posa Majais juga, Persatuan Bolasepak Sarawak berhutang dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan juga Pertubuhan Keselamatan Sosial dalam jumlah yang besar.

Beliau juga sekali lagi menyatakan, terpulang pada pengurusan lama untuk melengkapkan audit juga mereka masih sayang pada bola sepak.

Selain dari pasukan Sarawak, terdapat beberapa pasukan lain lagi antaranya adalah Kedah FA dan juga Melaka United.

 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami