fbpx
Our Local Story

Sarawak FA Dibaham Harimau Selatan di Stadium Negeri

IMG
18 Shares

Sarawak FA Dibaham Harimau Selatan di Stadium Negeri

Sarawak FA turun ke Stadium Negeri Sarawak sebagai bukan pasukan pilihan, jika dibandingkan dengan pasukan Johor Darul Takzim yang dibarisi pemain ternama dan juga mempunyai belanjawan yang besar.

Berbekalkan semangat sebagai tuan rumah, Sarawak FA memulakan aksi dengan bertenaga, menguasai 5 minit pertama dan hampir menjaringkan gol.

Namun selepas itu Sarawak hilang penguasaan bola dan permainan dikawal sepenuhnya oleh Johor Darul Takzim.

Pada minit ke 8, Johor Darul Takzim menjaringkan gol menerusi Ganzalo Cabrera.

Perlawanan diteruskan dengan Johor Darul Takzim menguasai perlawanan, sambil Sarawak FA juga cuba melancarkan serangan balas pantas.

Separuh masa pertama berakhir dengan Johor Darul Takzim mendahului , 1 gol berbalas 0.

IMG

Separuh masa kedua bermula dengan Johor Darul Takzim sekali lagi menguasai perlawanan. Sarawak FA hampir mendapat jaringan penyamaan namun sepakan percuma Mark Hartmann tersasar.

Pada minit ke 70, Johor Darul Takzim menjaringkan gol kedua, sekali lagi melalui Ganzalo Cabrera.

Sarawak FA cuba bangkit namun taktikal LB ( Long Ball) gagal untuk menemui penyerang yang akan menjaringkan gol.

Sarawak cuba bangkit di 10 minit terakhir perlawanan namun benteng Johor Darul Takzim terlalu kebal. Sebaliknya, Johor Darul Takzim hampir hampir menjaringkan gol ke 3 namun gagal disudahkan oleh Syafiq Rahim dan Mahali Jasuli.

Tamat masa perlawanan, Sarawak FA 0 – 2 Johor Darul Takzim

18 Shares
Related posts
Our Local Story

3 Aplikasi Servis Penghantaran Makanan Yang Anda Boleh Cuba Di Kuching

Our Local Story

Sambutan Hari Malaysia Di Padang Merdeka Kuching Pada 16 September 2019

Our Local Story

Temuduga Pengambilan Bakal Pegawai & Lain Lain Pangkat Pasukan Simpanan TLDM Kuching Akan Dibuka Pada 24 Ogos 2019

Our Local Story

Akibat Parking Sesuka Hati, Kereta Ini Dicalari

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami

Copy link
Powered by Social Snap